Saturday, July 10, 2010

Tulung Etek Cari Ayoh Budok Ning

Bakal pengantin buntu cari bapa jadi wali pernikahan


2010/07/10

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga buntu apabila bapa yang sepatutnya menjadi wali perkahwinannya gagal dikesan sejak berpisah dengan ibunya 15 tahun lalu.
Nur Qalilah Md Kasim, 17, dari Kampung Setia Jaya, Batu 21, Ajil, Hulu Terengganu berkata, bapanya, Md Kasim Md Isa, 55, bekas anggota polis tidak dapat dikesan walaupun dia sudah menghubungi keluarga sebelah bapa di Kedah untuk mendapatkan maklumat.


Menurutnya, keluarga sebelah bapanya memberitahu Md Isa tidak pulang ke negeri itu selepas berpisah dengan ibunya 15 tahun lalu dan keadaan itu membuatkan dia risau kerana perkahwinannya bakal berlangsung Jumaat depan. Katanya, saudara ayahnya di Kedah juga tidak mengetahu di mana bapanya berada.


Katanya, sekiranya bapanya itu gagal ditemui, dia terpaksa membuat permohonan daripada mahkamah untuk menggunakan wali hakim.


Nur Qalilah berkata, bapanya atau sesiapa yang mengenali bapanya boleh menghubunginya di talian 019-9228233.

MyMetro

1 comment:

  1. cikgu, sy wi doh email sy kot inbox fb cikgu...hehehe sy dok aktif ngn fb, tp belog aktof r...hehehhe ok cikgu nape2 kabo r....

    ReplyDelete