Tuesday, July 13, 2010

KESAN Negatif Akibat Dimarahi

Soalan dijawab oleh Pn. Hawa Rahmat,
Pensyarah Psikologi/Pembangunan Manusia,
Unit Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaa, Melaka.
SOALAN:
Dua anak saya di bawah jagaan ibu bapa semasa kami sedang bekerja. Ia juga di atas permintaan mereka (ibubapa saya) yang mahu menjaga cucu mereka. Anak yang sulong berusia tiga tahun lima bulan dan si adik berusia dua tahun dua bulan. Apa yang menjadi masalah bagi saya iaitu berkenaan perangai datuk mereka yang agak panas baran.
Walaupun marahnya tidak agresif sehingga membahayakan namun ayah saya sering marah dan menunjukkan marahnya itu di hadapan anak-anak saya. Saya bimbang ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik dalam diri anak-anak saya. Bagaimana cara terbaik berhadapan situasi ini?.
JAWAPAN:
Biasanya yang terjadi, malah mengikut banyak kajian, datuk dan nenek lebih liberal atau tidak terlalu tegas seperti ibu dan bapa dalam mendidik dan menjaga kanak-kanak atau cucu mereka. Akan tetapi memang ada ibu bapa kita yang tegas dan garang dari zaman usia mudanya sehinggalah ke usia tuanya. Kadangkala, kitalah yang perlu mengalah. Ini kerana, orang kata, kelapa tua lagi banyak minyaknya. Orang itu memang susah untuk ditegur dalam banyak perkara. Ia diibaratkan ditelan mati bapak, diluahkan mati mak. Memang kanak-kanak lebih banyak belajar dari pemerhatian. Sekiranya persekitaran sedemikian, kebarangkalian untuk mereka mengikut dan menjadi pemarah memang ada.
Jadi, didiklah anak-anak secara berhikmah. Terangkan kepada anak-anak supaya jangan mencontohi perbuatan datuknya. Katankan pada mereka anak-anak kecil perlu belajar menjadi orang yang tidak cepat marah dan sebagainya. Jalan keluar yang lain pula adalah menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak ataupun di bawah jagaan orang lain. Terangkan kepada ibu bapa yang puan tidak mahu menyusahkan mereka kerana puan bimbangkan kesihatan mereka atau sebagainya. Akan tetapi, jika ada masa terluang atau di hujung minggu, kunjungilah mereka.
Sumber : PA&MA jan'09

No comments:

Post a Comment