Tuesday, August 30, 2011

2. Slang Terengganu

2. Slang Terengganu - Perkataan yang digunakan oleh semua penutur Bahasa Melayu tetapi bunyinya berubah atau diubah apabila disebut oleh penutur Terengganu

Beberapa ciri slang Terengganu dikenal pasti dan disenaraikan seperti berikut :

a. Menghapuskan huruf "H" di hadapan dan memulakan dengan huruf vokal selepasnya. Maknanya masih kekal dengan perkataan asal.

Contoh :

hapus - apuh
hantar - atar/ator
hampas - apah
hidup - idup
hijau - ija
huduh - udoh
harap - arap
hitam - itang
hancur - acur
hinggap - inggap

b. Membuang meringankan "n", "m" atau "ng" pada sukukata awal dan tengah, tetapi huruf berkenaan biasanya dikekalkan jika perkataan itu dimulakan dengan vokal.

contoh perkataan dimulakan dengan konsonan

hampas - apas/apah
landak - landak "n" diringankan
pangkat - pakat
contoh - cotoh
kampung - kapung
pandai - pandai "n"diringankan
rentung - retung
sangkut - sakut
ponteng - poteng
pantai - pata

Contoh perkataan dimulakan dengan vokal

angkat - akat "ng" dibuang
angpau - angpau ng dikekalkan
ombak - ombak
undur - undur
umpan - upan

Monday, August 29, 2011

Bahasa Terengganu @ Loghat Terengganu

Bahasa atau Loghat Terenganu merupakan sebahagian daripada Bahasa Melayu tetapi ianya mempunyai keunikannya tersendiri kerana ia mempunyai sedikit perbezaan dari segi sebutan dan cara penyampaianya. Secara umumnya pengguna Bahasa Melayu masih boleh berkomunikasi dengan pengguna Loghat Terengganu dengan berkesan, jika diteliti kita boleh mengkelaskan perkataan atau frasa yang digunakan oleh orang terengganu kepada beberapa bahagian iaitu :

1. Pior Terengganu - Perkataan atau frasa yang sememangnya digunakan oleh orang Terengganu atau Kelantan juga.
2. Slang Terengganu - Perkataan yang digunakan oleh semua penutur Bahasa Melayu tetapi bunyinya berubah atau diubah apabila disebut oleh penutur Terengganu.
3. Perkataan yang digandakan - menjadi kata ganda berirama, biasanya kata sifat tetapi ada juga beberapa perkataan kata kerja yang digandakan.
4. Sindiran atau kiasan dan juga simpulan bahasa khas digunakan di Terengganu Sahaja.
5. Pinjaman bahasa asing biasanya Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab yang di Terengganukan.

Sunday, August 28, 2011

Perkataan Terengganu Mula Huruf A (Pior Terengganu)

1. Pior Terengganu Terdapat beberapa Perkataan yang bermula dengan huruf "A" yang boleh dianggap pior Terengganu.

aba - perkataan aba biasanya digandingkan dengan teduh, makna aba ialah teduhan atau lindungan.
contoh ayat : a. "Anok pokok pisang tu abih kecut kerana tak dok aba siket dari panas terik", b. "Atap rumah Ali mudah cabbut pada musim berangin kerana tak dok aba"

aci - bermaksud sah atau boleh di terima,
contoh ayat :a."aci dok aku buat gini," b."Dok aci lah gitu, hok mung besor, hok aku kecik",

agah - ertinya berlagak , suka bercakap besar dan menyanggupi melakukan perkara yang sukar.
contoh ayat :"Mamat tu beragah sungguh nok pakai kete besor, keje kuli batak wat umah batu je"

ambe - ambe digunakan secara meluas di Terengganu sebagai ganti nama diri "Saya". Namun begitu perkataan "aku" lebih menonjol buat masa ini.
contoh ayat : "Ambe balik dulu deh,"

atek - biasa juga disebut dengan etek atau retek,ertinya juga
contoh ayat : a. "aku nok atek buah mok tan tu" b. "berilah ke Mamat atek pitih tu,nyakye ke dia tak dok pitih",

ayo/ayor - iaitu bersembang atau berbual, boleh jadi juga bergurau mengikut situasi.
contoh ayat : a. "Molek berayor atah lambur tu dua orang, dok weti lagi pah garik,"
b. "Ayor dok ayor, ambe nok gi KL sungguh esok,"
abis
Abuk
Aci
Acu
Agah
Agi
Agoh
Ahu
Aji
Akallan
Akat
Akut
Alah
Ale
Alik
Alus
Amak
ambat
Ambe
Ambik
amende
Ane
angin
angit
Apa-apa
Apah
apuh
Arap
Ator
Atu
Auh
Awe
Awok-awok

Wednesday, December 1, 2010

BONUS RM500 Dah Masuk..

Pagi ni dapat info dr rakan fb kate bonus dah masuk yeeee..alhamdulillah dan tahniah la dari No. Belanja lah duit tu elok2 ya.

Cuma apa yang No harapkan mana2 yang kerja di jabatan kerajaan tu lepas ni TOLONG lah tingkatkan KUALITI anda..terlalu lemah dan manja! Nak2 di labuan ni..sesuai la dengan tempatnye yang jenis 'slow motion' ni huhu..

Apa yang No perhatikan/dan dengar dr dulu lagi..
1) Masuk keje kekadang kad pun suh org tolong 'punch'..
2) Jam 8 p kua breakfast..pastu borak lelama..
3) Jam 10 kua minum lak..
4) Tengahari of couse la p lunch kan?..

Jadi sebelah petang tu je la klo keje pun. Tu pun xtermasuk ngan bergayut tepon lagi..on9 fb la, tulis blog la, chatting la..bla..bla..bla. Tak termasuk juga menggunakan harta benda pejabat spt pen, kertas, liquid paper dll. Klo musim sekolah p amik anak sekolah pla..rehat 1jam jd 2jam..
 TAPI..ujong tahun mst MINTAK BONUS..xdapat bising!

Yang keje BADAN BERKANUN ni gak duk bertungkus lumus duk pk camne nak suh duit masuk. Sebab apa? SEBAB..hasil keuntungan 50% akan diberi kepada kerajaan sbb tu sekarang dah banyak diSURUHANJAYAkan..

Pastu klo income tax datang mula la mengeluh..kene kompaun mula la bising..itu xkena ini salah

YE LA..DUIT TU JUGA YANG AKAN MASUK POKET ANDA NANTI!!!..

ye x?....
Kepada semua GURU2 di Malaysia..didiklah anak bangsamu dengan penuh dedikasi supaya mereka menjadi kebanggaan kita..

Kepada warga KESIHATAN..rawatlah pesakitmu dengan penuh kasih sayang supaya jasamu tetap dikenang..

Kepada warga BERUNIFORM..jagalah bangsa dan negara tanpa kenal erti jemu supaya baktimu tetap dijunjung..

Kepada semua PENJAWAT AWAM..bekerjalah dengan penuh keikhlasan supaya berkat hasil usahanya nanti...



Alhamdulillah..syukur nikmat kepada ALLAH SWT..kami pun dapat gak bonus 3.++/ gaji bulan
..

Monday, November 1, 2010

Wanita lebih berisiko

PERNAHKAH anda mengalami situasi ini? Bangun saja daripada tidur, sendi-sendi seluruh kaki dan tangan kelihatan membengkak serta rasa sakit yang mencengkam hingga menyukarkan pergerakan.

Pasti ramai yang pernah mengalaminya, tetapi biasanya kita lebih suka menganggap keadaan itu sekadar kekejangan yang berlaku di waktu pagi berikutan suhu dingin pada waktu itu lalu membiarkannya reda sebelum dapat meneruskan rutin harian.


Andai sesekali dirasai, mungkin benar ia disebabkan kekejangan. Namun, bagaimana pula jika dialami hampir setiap hari hingga sukar melakukan aktiviti harian kerana perlu menunggu rasa sakit itu hilang dalam tempoh antara 30 minit hingga tiga jam?

Menurut Penasihat Perubatan dan Pakar Reumatologi Pusat Perubatan Sunway merangkap Presiden Yayasan Artritis Malaysia (AFM), Dr Amir Azlan Zain, rasa sakit mencengkam yang dialami itu mungkin simptom kepada masalah kerosakan sendi seperti artritis reumatoid (RA).


"Sebenarnya penyakit sendi atau artritis ini mempunyai banyak jenis, tapi RA adalah antara penyakit sendi lazim yang menyerang lelaki dan wanita berusia antara 20 dan 40 tahun.

SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid  kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.

"Di negara ini, dianggarkan lima daripada setiap 1,000 orang akan menghidapi penyakit RA dan ia lebih banyak dialami kaum wanita melebihi 50 peratus berbanding lelaki.


"Hingga kini, pakar masih belum dapat memastikan sama ada ia berkaitan secara langsung atau tidak dengan ketidakseimbangan hormon yang sering dialami wanita," katanya.

Tambah Dr Amir, kadangkala rasa sakit yang dialami di tangan dan kaki itu tidak semestinya artritis, tetapi artritis selalunya menjadi punca kepada kesakitan itu.


"RA sebenarnya disebabkan oleh sistem imun kita yang tidak lagi mampu menolong melawan kuman dari luar. Sistem imun kita sepatutnya memusnahkan benda asing seperti virus dan bakteria yang cuba masuk ke dalam tubuh.

"Tapi RA pula berlaku apabila sistem imun itu menganggap sendi juga adalah benda asing yang perlu diserang dan dimusnahkan yang situasi itu dikenali sebagai autoimun," ujarnya.


Masuk angin, bentan urat, lenguh dan sebagainya pula, ujar Dr Amir, tidak boleh terus dikaitkan dengan masalah artritis dan RA kerana kebanyakannya tidak begitu serius.


"Keadaan seperti lenguh-lenguh dan bentan urat itu ialah satu simptom yang tidak begitu spesifik dan tidak boleh terus membuat andaian bahawa ia adalah penyakit artritis.


"Jika lenguh-lenguh dirasakan kurang daripada seminggu, tidak perlu risau kerana ia tidak memudaratkan. Tapi jika kaki dan tangan membengkak terutama di kawasan jari secara tiba-tiba serta tiada penjelasan mengenainya, malah berlarutan lebih seminggu, jadi perlu segera bertemu doktor untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.


"Tiga simptom yang paling penting diambil kira untuk mengenal pasti RA ialah sakit mencengkam, bengkak dan kaku pada sendi badan terutama di kaki dan tangan yang biasanya berlaku pada waktu pagi sejurus bangun tidur.

Sakit dan bengkak itu pula berlaku lebih 30 minit dan hanya berkurangan selepas beberapa jam.


"Tidak perlu panik apabila ada tanda itu, tapi jangan ambil mudah kerana apabila ia tidak dirawat segera, kerosakan sendi akan berlaku dan pesakit RA ini akan berdepan dengan jari kaki serta tangan yang membengkok serta membengkak hingga sukar melakukan apa jua aktiviti," ujarnya.


Justeru, kata Dr Amir, faktor gaya hidup seperti merokok seeloknya dielakkan supaya ia tidak menyumbang kepada penyakit berkenaan.


"Kesan merokok bagi RA ini tidak sehebat kesannya pada paru-paru, tapi merokok sememangnya antara faktor yang menyumbang kepada masalah sendi seperti itu.


"Dari segi pemakanan pula, ada beberapa kajian klinikal yang cuba mengaitkan pemakanan dengan penyakit RA, tapi hingga kini belum ada yang mengesahkan bahawa ia menjadi punca kepada penyakit itu.


"Disebabkan wujud pelbagai jenis penyakit artritis, ada sesetengahnya memang perlu menjaga pemakanan seperti pesakit gout. Tapi secara amnya, pesakit RA tiada pantang larang dalam pengambilan makanan.

"Tidak salah untuk pesakit RA mengambil makanan tambahan kerana ia semata-mata untuk meningkatkan tahap kesihatan. Tapi, tiada makanan tambahan yang boleh mengawal RA sepenuhnya dan pesakit masih perlu mendapatkan rawatan di hospital.


"Selain itu, masyarakat kita juga cenderung mendapatkan rawatan secara tradisional kerana ada segelintir yang mahu mengelakkan kesan sampingan ubat yang diberi doktor.


"Banyak kes di mana pesakit enggan menjalani rawatan yang disyorkan doktor selepas didiagnosis lalu beralih ke perubatan tradisional.

"Tapi akhirnya mereka terpaksa kembali ke hospital kerana kesakitan yang dirasai itu tidak surut, malah kerosakan sendi mereka makin teruk.

"Jadi, saya gesa pesakit yang mempunyai tiga simptom utama itu segera mendapatkan bantuan dan nasihat doktor sebelum membuat keputusan secara melulu," katanya.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai RA, AFM menyediakan laman web lengkap dan menyeluruh mengenai pelbagai jenis penyakit artritis menerusi www.afm.org.

Di samping itu, ada pautan ke laman web www.mydayforraasia.com yang membantu pesakit RA menjalani hidup dengan lebih produktif menerusi perancangan aktiviti harian, sasaran jangka pendek dan panjang serta memberi bimbingan mengenai rawatan yang perlu dijalani.

Sumber : berita

Kebaikkan Asid Folic

Kepentingan asid folik di kehamilan trimester pertama
Pengambilan asid folik semasa mengandung amat penting.Pil asid folic ini membantu anda dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang.Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.

Kecacatan bayi-Spina bifida
Apabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup,selaput dan cecair tulang belakang kelihatan keluar dari kulit belakang bayi.Kebanyakan spina bifida, sebahagian saraf tunjang dapat dilihat keluar dan rosak.

Bayi spina bifida boleh hidup. Kecacatan yang dialami adalah sepanjang hayat sperti lumpuh anggota kaki, tiada kawalan keatas pundi kencing dan usus, kecacatan mental dan hidrosefali.

Kecacatan janin-Anencepahly
Otak dan tengkorak kepala tidak membentuk normal.Ini menyebabkan sebahagian otak dan tulang tengkorak tidak terbentuk.Kebanyakan bayi anencepahly mati dalam kandunagn atau selepas dilahirkan.

Apa itu asid folik
Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.

Sumber asid folic
Sumber makanan kaya asid folic ialah sayuran hijau,kacang pea dan bijiran.Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan asid folic.

Bagaimana memilih asid folik
Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram(5000 mikrogram).

Doktor anda lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram sehari.Pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk keperluaan seharian anda.

Pil asid folik mudah larut dalam air.Jika anda mengambil pil asid folik berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.

Pil asid folik tidak memerlukan preskripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di farmasi-farmasi dan klinik-klinik.

Pil ini agak meloyakan disebabkan ba unya yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalamn fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini..

Asid folik dan kehamilan
Asid folik atau folate atau asid pteroglutamate merupakan vitamin B9 yang amat penting. Vitamin B9 ini mengurangkan risiko kecacatan janin iaitu kecacatan tiub neural. Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi.Sumber-sumber semula-jadi asid folic ialah sayuran hijau, kacang pea dan bijiran

Cerpeng Loghat Teganung........

Faizul Faiizi KISAH AMING GI SEJID.

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.
Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..
Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.
Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.
Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.

Bersambung ke episod akan datang....
Sumber : FB Saya Anak Terangganu

Sunday, October 3, 2010

2 maut babi rempuh kereta

Oleh Abdul Halim Yusoff

2010/10/03
Kenderaan dipandu mangsa terbabas sebelum langgar pokok

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu dan anaknya maut apabila kereta yang dinaiki remuk terlanggar sebatang pokok selepas terbabas akibat dirempuh seekor babi hutan di Kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam.

Dalam nahas jam 8.15 pagi itu, Nor Aslina Izan, 25, yang memandu kereta terbabit, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala anak tunggalnya, Nur Ain Nabila Zulkifli, 6, mati sejurus tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini kerana parah di dada.
Dua lagi mangsa yang berada dalam kereta jenis Kancil itu ialah ibu dan anak saudara lelaki Nor Aslina yang masing-masing parah dan dirawat di HSNZ.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, berkata ketika kejadian, keempat-empat mangsa dalam perjalanan pulang dari rumah seorang saudara mereka di Kemasik menghala Kuala Terengganu.

Ahmad Mazlan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba meluru keluar dari semak sebelah kanan jalan dan merempuh Perodua Kancil dipandu oleh Nor Aslina yang berasal dari Kampung Padang Nenas, di sini.

“Akibat dilanggar babi hutan itu, kenderaan mangsa gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala. Manakala anaknya meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

2 maut babi rempuh kereta

Oleh Abdul Halim Yusoff

2010/10/03
Kenderaan dipandu mangsa terbabas sebelum langgar pokok

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu dan anaknya maut apabila kereta yang dinaiki remuk terlanggar sebatang pokok selepas terbabas akibat dirempuh seekor babi hutan di Kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam.

Dalam nahas jam 8.15 pagi itu, Nor Aslina Izan, 25, yang memandu kereta terbabit, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala anak tunggalnya, Nur Ain Nabila Zulkifli, 6, mati sejurus tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini kerana parah di dada.
Dua lagi mangsa yang berada dalam kereta jenis Kancil itu ialah ibu dan anak saudara lelaki Nor Aslina yang masing-masing parah dan dirawat di HSNZ.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, berkata ketika kejadian, keempat-empat mangsa dalam perjalanan pulang dari rumah seorang saudara mereka di Kemasik menghala Kuala Terengganu.

Ahmad Mazlan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba meluru keluar dari semak sebelah kanan jalan dan merempuh Perodua Kancil dipandu oleh Nor Aslina yang berasal dari Kampung Padang Nenas, di sini.

“Akibat dilanggar babi hutan itu, kenderaan mangsa gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala. Manakala anaknya meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Saturday, October 2, 2010

Tengkorak, tulang milik wanita dibunuh

2010/10/02

MARANG: Tengkorak manusia dan cebisan tulang yang ditemui di belakang tapak pelupusan sisa pepejal Majlis Daerah Marang berhampiran alur sungai di Kampung Gong Tepah, dekat sini, dipercayai milik seorang wanita disyaki dibunuh.
Setakat ini, polis percaya mangsa dibunuh dengan hentakan objek tertentu di belakang kepala berikutan penemuan kesan rekahan pada tengkorak, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan pakar patologi bagi membantu siasatan.


Semalam, sepasukan anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu mendapat petunjuk baru apabila menemui sebelah kasut, sehelai baju dan 11 cebisan tulang baru ketika menjalankan siasatan susulan di tempat kejadian bersama pakar patologi dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.


Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, penemuan baru itu dipercayai dapat membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Menurutnya, terdapat kesan rekahan di belakang tengkorak mangsa menyebabkan pasukan penyiasat percaya mangsa mungkin dihentak dengan objek tertentu, namun tidak dapat dipastikan sama ada akibat hentakan senjata tajam atau objek keras.


Difahamkan, pakar patologi yang turun ke lokasi kejadian berpuas hati dengan siasatan di tempat kejadian dengan penemuan baki tulang mangsa yang tidak mencukupi beberapa hari lalu ketika dihantar ke HTAA untuk dianalisis.


Beliau berkata, tidak banyak perkara yang dapat dikatakan mengenai kes berkenaan kerana pihak berkuasa masih berusaha menjejaki bahan bukti yang boleh membantu siasatan.


“Saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan kerana perkara ini memerlukan bukti, bukan andaian semata-mata.


“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diharap tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.