Monday, July 12, 2010

RENUNGAN

  1. TASBIH digunakan untuk menghitung ucapan pujian kepada ALLAH SWT. Perkataan tasbih berasal daripada kata 'sabbaha' dan 'yusabbihu' yang bererti 'menyucikan'. Dari segi istilah, kata 'tasbih' bererti 'mengakui ALLAH SWT'. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, kalimat atau bacaan tasbih (subhanallah) termasuk satu daripada empat bacaan yang paling disukai oleh ALLAH TAALA. Tiga lagi kalimah tersebut ialah tahmid (hamdallah) tahlil dan takbir.
  2. HUTANG disebut 'dain' dalam bahasa Arab, manakala PINJAMAN disebut 'ariyah'. Hutang merujuk kepada kebenaran untuk menggunakan harta yang diputuskan akan dikembalikan pada waktu yang dipersetujui, misalnya berhutang wang. Pinjaman pula merujuk kepada kebenaran untuk memanafaatkan barang dan akan dikembalikan mengikut sedia kala.
  3. ADA beberapa perkara yang mesti dihindari oleh penziarah kubur; memeluk, mencium nisan dan mengelilingi kuburan serta mencaci orang yang meninggal dunia. Kita juga dilarang duduk di atas kubur, iaitu berdasarkan hadis nabi "Seseorang antara kamu duduk di atas bara api sehingga terbakar seluruh kulitnya, lebih baik daripada duduk di atas kubur." (H.R Bukhari-Muslim)
  4. PADA zaman kepimpinan Uthman bin Affan, beliau membentuk jawatankuasa 'mushal' yang dipimpin oleh Zaid bin Thabit. Tugas jawatankuasa tersebut adalah untuk membukukan setiap satu lembaran dengan cara menyalin ayat al-Quran ke dalam sebuah buku yang disebut sebagai 'mushaf'. Tindakannya itu merupakan susulan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. Hasil penyusunan tersebut terhasillah lima buah salinan. Khalifah Uthman mengirimkan salinan itu ke Mekah, Syira, Basrah, Kufah dan Madinah.

Sumber: DARA.com edisi96 jun'10

No comments:

Post a Comment