Thursday, August 19, 2010

Pelancong tidak serik datang ke Terengganu

2010/08/18

KUALA TERENGGANU: Walaupun cedera selepas terbabit dalam kemalangan bot di Pulau Perhentian kelmarin, dua pelancong dari New Zealand dan Norway tidak serik untuk datang lagi menikmati keindahan negeri ini pada masa depan.

Kelly Steiro, 29, seorang jurutera dari New Zealand berkata, walaupun dia dan isterinya Tina Mariann Steiro, 30, yang berasal dari Norway, cedera dalam kemalangan itu, mereka masih ada kenangan indah di Terengganu. “Kami dilayan baik di sini. Walaupun kami kemalangan, suatu hari nanti kami akan datang lagi ke Terengganu,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam. Katanya, walaupun ketika kemalangan itu dia dan isterinya tercampak ke laut tidak ada satu barang kepunyaannya yang hilang dalam kejadian itu.

Keadaan Tina, kini semakin pulih dan sudah dibenarkan keluar dari hospital itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, Tina yang bekerja sebagai guru cedera di bahu dan dada, manakala suaminya, Kelly, cedera ringan.

Kejadian berlaku ketika kedua-duanya yang menaiki bot laju bersaiz kecil dipandu seorang lelaki tempatan dalam perjalanan pulang daripada aktiviti menyelam di Pulau Perhentian Besar bertembung dengan bot kargo.

1 comment:

  1. Salam, sory ye sebab pilih tajuk yang sama ngan entry blog nie. Tadi dah terbaca kat MyMetro tp sekarang bru berkesempatan nak post. pastu xde idea nak namakan entry tu selain ngan nama macam kat Blog SAT nie. Harap xpe la ye.... :)

    ReplyDelete