Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Wanita lebih berisiko

PERNAHKAH anda mengalami situasi ini? Bangun saja daripada tidur, sendi-sendi seluruh kaki dan tangan kelihatan membengkak serta rasa sakit yang mencengkam hingga menyukarkan pergerakan.

Pasti ramai yang pernah mengalaminya, tetapi biasanya kita lebih suka menganggap keadaan itu sekadar kekejangan yang berlaku di waktu pagi berikutan suhu dingin pada waktu itu lalu membiarkannya reda sebelum dapat meneruskan rutin harian.


Andai sesekali dirasai, mungkin benar ia disebabkan kekejangan. Namun, bagaimana pula jika dialami hampir setiap hari hingga sukar melakukan aktiviti harian kerana perlu menunggu rasa sakit itu hilang dalam tempoh antara 30 minit hingga tiga jam?

Menurut Penasihat Perubatan dan Pakar Reumatologi Pusat Perubatan Sunway merangkap Presiden Yayasan Artritis Malaysia (AFM), Dr Amir Azlan Zain, rasa sakit mencengkam yang dialami itu mungkin simptom kepada masalah kerosakan sendi seperti artritis reumatoid (RA).


"Sebenarnya penyakit sendi atau artritis ini mempunyai banyak jenis, tapi RA adalah antara penyakit sendi lazim yang menyerang lelaki dan wanita berusia antara 20 dan 40 tahun.

SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid  kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.

"Di negara ini, dianggarkan lima daripada setiap 1,000 orang akan menghidapi penyakit RA dan ia lebih banyak dialami kaum wanita melebihi 50 peratus berbanding lelaki.


"Hingga kini, pakar masih belum dapat memastikan sama ada ia berkaitan secara langsung atau tidak dengan ketidakseimbangan hormon yang sering dialami wanita," katanya.

Tambah Dr Amir, kadangkala rasa sakit yang dialami di tangan dan kaki itu tidak semestinya artritis, tetapi artritis selalunya menjadi punca kepada kesakitan itu.


"RA sebenarnya disebabkan oleh sistem imun kita yang tidak lagi mampu menolong melawan kuman dari luar. Sistem imun kita sepatutnya memusnahkan benda asing seperti virus dan bakteria yang cuba masuk ke dalam tubuh.

"Tapi RA pula berlaku apabila sistem imun itu menganggap sendi juga adalah benda asing yang perlu diserang dan dimusnahkan yang situasi itu dikenali sebagai autoimun," ujarnya.


Masuk angin, bentan urat, lenguh dan sebagainya pula, ujar Dr Amir, tidak boleh terus dikaitkan dengan masalah artritis dan RA kerana kebanyakannya tidak begitu serius.


"Keadaan seperti lenguh-lenguh dan bentan urat itu ialah satu simptom yang tidak begitu spesifik dan tidak boleh terus membuat andaian bahawa ia adalah penyakit artritis.


"Jika lenguh-lenguh dirasakan kurang daripada seminggu, tidak perlu risau kerana ia tidak memudaratkan. Tapi jika kaki dan tangan membengkak terutama di kawasan jari secara tiba-tiba serta tiada penjelasan mengenainya, malah berlarutan lebih seminggu, jadi perlu segera bertemu doktor untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.


"Tiga simptom yang paling penting diambil kira untuk mengenal pasti RA ialah sakit mencengkam, bengkak dan kaku pada sendi badan terutama di kaki dan tangan yang biasanya berlaku pada waktu pagi sejurus bangun tidur.

Sakit dan bengkak itu pula berlaku lebih 30 minit dan hanya berkurangan selepas beberapa jam.


"Tidak perlu panik apabila ada tanda itu, tapi jangan ambil mudah kerana apabila ia tidak dirawat segera, kerosakan sendi akan berlaku dan pesakit RA ini akan berdepan dengan jari kaki serta tangan yang membengkok serta membengkak hingga sukar melakukan apa jua aktiviti," ujarnya.


Justeru, kata Dr Amir, faktor gaya hidup seperti merokok seeloknya dielakkan supaya ia tidak menyumbang kepada penyakit berkenaan.


"Kesan merokok bagi RA ini tidak sehebat kesannya pada paru-paru, tapi merokok sememangnya antara faktor yang menyumbang kepada masalah sendi seperti itu.


"Dari segi pemakanan pula, ada beberapa kajian klinikal yang cuba mengaitkan pemakanan dengan penyakit RA, tapi hingga kini belum ada yang mengesahkan bahawa ia menjadi punca kepada penyakit itu.


"Disebabkan wujud pelbagai jenis penyakit artritis, ada sesetengahnya memang perlu menjaga pemakanan seperti pesakit gout. Tapi secara amnya, pesakit RA tiada pantang larang dalam pengambilan makanan.

"Tidak salah untuk pesakit RA mengambil makanan tambahan kerana ia semata-mata untuk meningkatkan tahap kesihatan. Tapi, tiada makanan tambahan yang boleh mengawal RA sepenuhnya dan pesakit masih perlu mendapatkan rawatan di hospital.


"Selain itu, masyarakat kita juga cenderung mendapatkan rawatan secara tradisional kerana ada segelintir yang mahu mengelakkan kesan sampingan ubat yang diberi doktor.


"Banyak kes di mana pesakit enggan menjalani rawatan yang disyorkan doktor selepas didiagnosis lalu beralih ke perubatan tradisional.

"Tapi akhirnya mereka terpaksa kembali ke hospital kerana kesakitan yang dirasai itu tidak surut, malah kerosakan sendi mereka makin teruk.

"Jadi, saya gesa pesakit yang mempunyai tiga simptom utama itu segera mendapatkan bantuan dan nasihat doktor sebelum membuat keputusan secara melulu," katanya.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai RA, AFM menyediakan laman web lengkap dan menyeluruh mengenai pelbagai jenis penyakit artritis menerusi www.afm.org.

Di samping itu, ada pautan ke laman web www.mydayforraasia.com yang membantu pesakit RA menjalani hidup dengan lebih produktif menerusi perancangan aktiviti harian, sasaran jangka pendek dan panjang serta memberi bimbingan mengenai rawatan yang perlu dijalani.

Sumber : berita

Kebaikkan Asid Folic

Kepentingan asid folik di kehamilan trimester pertama
Pengambilan asid folik semasa mengandung amat penting.Pil asid folic ini membantu anda dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang.Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.

Kecacatan bayi-Spina bifida
Apabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup,selaput dan cecair tulang belakang kelihatan keluar dari kulit belakang bayi.Kebanyakan spina bifida, sebahagian saraf tunjang dapat dilihat keluar dan rosak.

Bayi spina bifida boleh hidup. Kecacatan yang dialami adalah sepanjang hayat sperti lumpuh anggota kaki, tiada kawalan keatas pundi kencing dan usus, kecacatan mental dan hidrosefali.

Kecacatan janin-Anencepahly
Otak dan tengkorak kepala tidak membentuk normal.Ini menyebabkan sebahagian otak dan tulang tengkorak tidak terbentuk.Kebanyakan bayi anencepahly mati dalam kandunagn atau selepas dilahirkan.

Apa itu asid folik
Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.

Sumber asid folic
Sumber makanan kaya asid folic ialah sayuran hijau,kacang pea dan bijiran.Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan asid folic.

Bagaimana memilih asid folik
Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram(5000 mikrogram).

Doktor anda lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram sehari.Pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk keperluaan seharian anda.

Pil asid folik mudah larut dalam air.Jika anda mengambil pil asid folik berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.

Pil asid folik tidak memerlukan preskripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di farmasi-farmasi dan klinik-klinik.

Pil ini agak meloyakan disebabkan ba unya yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalamn fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini..

Asid folik dan kehamilan
Asid folik atau folate atau asid pteroglutamate merupakan vitamin B9 yang amat penting. Vitamin B9 ini mengurangkan risiko kecacatan janin iaitu kecacatan tiub neural. Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi.Sumber-sumber semula-jadi asid folic ialah sayuran hijau, kacang pea dan bijiran

Saturday, July 31, 2010

Kolesterol Pada Udang Tidak Merbahaya

UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?

Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.

Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.

Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga
.



Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing.

LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.

Khasiat Peria

Rupanya......... menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.

Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria :
• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.


Sumber : Majalah Saji

Kegagalan Hati

Penyakit kuning ypada bayi yang baru lahir biasanya dialami dalam jangka masa pendek dan tidak berbahaya. Tetapi di kalangan orang dewasa menunjukkan mereka mengalami masalah kesihatan yang serius dan perlu dirawat segera oleh doktor.

Penyakit kuning adalah tanda bagi banyak penyakit. Ia boleh dikesan apabila kulit dan sklera (bahagian putih mata) berubah menjadi kuning, Ini berlaku kerana lebihan bilirubin. Keadaan kulit kuning disertai kencing bewarna gelap dan najis berwarna pucat (berlaku apabila salur hempedu tersekat). Selain itu, pesakit mengalami kegatalan pada kulit, muntah dan hilang nafsu makan.

Gejala

Secara umum, penyakit kuning boleh dikategorikan kepada dua jenis: obstructive jaundice (sakit kuning disebabkan sekatan pada salur hempedu) dan hepatocellular jaundice (sakit kuning disebabkan masalah hati).

Obstructive Jaundice

Obstructive jaundice, atau cholesistik jaundice disebabkan sumbatan pada salur pundi hempedu akibat batu hempedu, kanser pankreas atau kanser salur hempedu. (kolangiokarsinoma).

Pesakit akan mengalami kencing berwarna gelap dan najis yang pucat disebabkan oleh kurangnya pengeluaran cecair hempedu dan bilirubin ke dalam usus. Sakit dan demam adalah gejala sekiranya salur hempedu tersumbat oleh batu hempedu. Disebabkan gejala yang dihidapi adalah sakit pada bahagian atas abdomen, pesakit selalunya disalah tafsirkan sebagai sakit gastrik.Bagaimanapun kesakitan boleh merebak ke bahagian belakang badan.

Hepatocellular jaundice

Ia disebabkan oleh kecederaan atau radang sel hati. Ubatan moden atau herba tradisional tertentu boleh mengganggu fungsi hati. Keadaan ini boleh menghalang bilirubin yang dihapuskan dari darah atau dikeluarkan dari hempedu, yang boleh menyebabkan sakit kuning. Hepatitis alkohol juga adalah penyebab utama hepatoselluler jaundice.

Virus Hepatitis

Hepatitis adalah keadaan di mana hati menjadi terangsang dan keupayaan hati untuk memproses dan merembeskan bilirubin terhalang. Penyakit virus hepatitis termasuk virus hepatitis A, B dan C. Virus hepatitis A biasanya dijangkiti melalui dari makanan bercengkerang, manakala virus hepatitis B dan C dijangkiti melalui darah atau cairan badan.

Penyakit hati kronik akan menyebabkan hati tidak boleh berfungsi seperti hati sihat. Jika terdapat lebih parut pada tisu hati menggantikan tisu normal, fungsi hati akan mengurang (misalnya tidak boleh membersihkan darah, mencernakan makanan dan menyimpan tenaga). Akhirnya sakit kuning akan berlaku. Selalunya apabila pesakit sedar mengalami sakit kuning, keadaan mungkin telah menjadi tahap serius dan pesakit mungkin mengalami kegagalan hati dan komplikasi dari serosis hati (hati menjadi keras).

Rencana ini adalah sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia yang disokong oleh Program Perut Sihat VITAGEN. Untuk mendapatkan buku mengenai kesihatan sistem penghadaman secara percuma, sila hubungi 03-5621 1408.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia

Sunday, July 25, 2010

EPILEPSI Perlu Dirawat

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
2010/07/18

MASIH terbayang kekecohan di kantin sekolah apabila salah seorang pelajar darjah empat tiba-tiba rebah dan menggelupur, terbaring di lantai di celah bangku panjang, mulutnya berbuih tidak sedarkan diri. Cikgu yang kebetulan makan bersama segera bangun, mengarahkan murid lain supaya tidak berkerumun dan mengiringkan badan pesakit.

TANDA... penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan otak.
KAWAL...epilepsi kadangkala boleh membahayakan pesakit.

Sejak hari itu, kami memang memberi lebih perhatian kepada pesakit dengan memastikan dia sentiasa ditemani seorang rakan walaupun ke tandas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Malah cikgu juga sentiasa mengingatkan kami apa yang perlu dilakukan sekiranya pesakit berkenaan mendapat serangan lagi, terutama supaya tidak mengerumuni pesakit kerana ia boleh menyebabkan dia sesak nafas.

Epilepsi atau sawan ialah penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan berulang atau tidak dijangka pada fungsi otak akibat penghasilan cecair berlebihan pada otak. Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang pesakit mengalami serangan sawan. Kenapa dan bagaimana boleh berlaku pengeluaran cecair berlebihan pada otak, tiada siapa yang benar-benar tahu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu hingga dua peratus penduduk dunia atau kira-kira 50 juta orang menderita akibat epilepsi. Ramai beranggapan epilepsi adalah penyakit kanak-kanak tetapi tahukah anda bahawa ia juga boleh menyerang orang dewasa walaupun mereka tidak pernah mengalami masalah ini ketika kecil.

Menurut Dr Perunding Neurologi Kanak-kanak, Dr Wong Sau Wei, walaupun epilepsi boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi lebih 50 peratus kes bermula sebelum pesakit berumur 25 tahun. Gangguan ini biasanya bermula pada zaman kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa. Bagaimanapun dengan kemunculan pelbagai ubat baru, serangan epilepsi boleh dikawal dan dihentikan.

Kebanyakan kes epilepsi kanak-kanak tidak diketahui puncanya (dipanggil epilepsi idiopatik) namun ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini seperti trauma fizikal ketika dilahirkan, demam panas, kecederaan kepala, jangkitan pada otak, kekurangan oksigen pada otak atau berlaku gangguan pada perkembangan otak.

Pada orang dewasa pula gangguan sistem saraf ini boleh berpunca daripada kecederaan di kepala atau apabila bahan kimia otak mengalami perubahan contohnya akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol, strok, serangan jantung atau penyakit Alzheimer (nyanyuk), kata Perunding Neurologi, Datuk Dr Raymond Azman Ali.

Tempoh serangan sawan berbeza antara pesakit antara beberapa saat, minit atau jam. Jenis gejala juga bergantung kepada bahagian otak yang mengalami gangguan. Gangguan aktiviti bahan kimia otak ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menjejaskan fungsi otak.

Epilepsi yang muncul selepas dewasa juga membolehkan doktor mengesan sejarah penggunaan ubat anti kemurungan, pendedahan kepada plumbum, karbon monosida atau bahan kima lain; juga mungkin kesan kekurangan tidur yang berpanjangan, tekanan dan perubahan hormon. Walaupun anda mungkin pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tidak semestinya anda akan mendapat epilepsi.

Antara punca yang dipercayai boleh menyebabkan epilepsi ialah:

  • Demam panas (hingga menyebabkan kerosakan pada kawasan otak yang dipanggil lobus temperal iaitu bahagian yang mempunyai fungsi membuat penilaian bunyi, bahasa dan pertuturan).
  • Mesial sklerosis - yang mengakibatkan sawan pada kanak-kanak dewasa atau orang dewasa.
  • Kecederaan atau kehadiran darah beku pada otak - gejala epilepsi bergantung kepada bahagian dan sejauh mana teruknya kecederaan otak yang dialami seseorang.
  • Jangkitan atau keradangan pada otak seperti meningitis atau ensefalitis (akibat jangkitan virus atau bakteria). Seseorang itu juga boleh mengalami sawan jika berlaku pengumpulan nanah dalam otaknya yang berpunca daripada jangkitan di hidung atau jantung.
  • Strok (sama ada dengan kehadiran darah beku atau sebaliknya).
  • Ketumbuhan otak benigna (tidak merebak) atau malignan (cepat merebak). Masalah juga boleh berlaku jika ada ketumbuhan merebak dari satu bahagian ke bahagian otak yang lain.
  • Kehadiran darah beku tidak normal pada otak. Antara penyebab kehadiran darah beku ialah pembentukan salur darah tidak lengkap (AVM) yang menghubungkan salur darah vena dan arteri. Individu yang ada AVM mempunyai salur darah penghubung yang bergumpal dan ini adalah masalah kongenital, iaitu seseorang itu dilahirkan dengan keadaan begini. Kira-kira 50 peratus pesakit yang ada masalah AVM mengalami sawan.
  • Keturunan - walaupun ada kemungkinan, tetapi risiko epilepsi disebabkan keturunan adalah sangat kecil
  • Jenis dan gejala epilepsi
    Ada kalanya sesetengah pesakit boleh mengetahui mereka akan mengalami serangan sawan. Antara amaran ini ialah bau, bunyi, berasa sensasi pada kepala atau perut mahu pun kebas. Semua `perasaan' ini dipanggil `aura', tetapi ia biasanya hanya berlaku pada pesakit yang mengalami sawan separa. Antara gejala paling biasa akibat gangguan ini ialah sawan, pitam (tidak sedarkan diri), perubahan perlakuan atau emosi.

Epilepsi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

A. Sawan keseluruhan yang membabitkan kedua-dua belah otak (kiri dan kanan). Apabila mendapat serangan, pesakit biasanya pitam atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Antara gejalanya ialah:

  • Tonik-klonik - sawan keseluruhan badan yang menjadikan badan kejang dan pesakit akan jatuh. Tangan dan kaki kelihatan seperti `ditarik-tarik' atau tersentak-sentap, air liur meleleh, terkencing dan kadangkala pesakit tergigit lidah sendiri ketika serangan sawan.
  • Sawan tonik - otot menjadi kejang dan menyebabkan pesakit jatuh, tetapi tidak mengalami gejala tersentak.
  • Sawan atonik - otot tiba-tiba dalam keadaan rehat yang mengakibatkan pesakit terduduk di atas lantai.
  • Sawan mioklonik - otot kaki (sebelah atau kedua-duanya) tersentak seketika. Gejala ini juga boleh berlaku pada seluruh badan.
  • Termangu - pesakit juga boleh jadi termangu dan hilang kesedaran seketika secara tiba-tiba. Pada ketika ini pesakit tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka dan sedar beberapa saat kemudian.

B. Sawan separa - yang membabitkan hanya sebelah otak. Jenis epilepsi ini boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:

  • Sawan separa ringkas - keadaan ini bergantung kepada bahagian otak yang terbabit. Ia boleh menyebabkan pesakit takut, dapat mengesan bau atau rasa yang sangat kuat. Pada masa sama, pesakit mungkin mengalami pergerakan sentakan pada bahagian kepala atau kaki secara tiba-tiba, pergerakan mata yang pelik atau rasa kebas pada sebelah badan. Kadangkala ia juga menyebabkan pesakit ternampak kilasan cahaya.
  • Sawan separa kompleks - keadaan ini boleh bermula dengan gejala sawan separa ringkas. Pesakit menjadi kurang peka pada persekitaran atau tingkah lakunya. Malah, pesakit mungkin hilang kawalan pada pergerakan tangan, mengunyah, menelan, bercakap dengan cepat, berlari, menari atau melakukan beberapa pergerakan pada satu masa. Keadaan ini dipanggil automatisme.
  • Sawan keseluruhan sekunder - Ia biasanya bermula dengan sawan separa (membabitkan hanya sebelah otak) yang kemudian merebak ke keseluruhan otak. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit mengalami sawan tonik-klonik (keseluruhan badan).

Kesan epilepsi
Perkataan sawan itu sendiri sudah memberikan impak negatif kepada pesakit sama ada dewasa atau kanak-kanak. Namun epilepsi kanak-kanak lebih rumit kerana penyakit ini memberi kesan negatif terhadap otak yang sedang berkembang, yang secara langsung mempengaruhi perkembangan sosial, pembelajaran dan kelakuan pesakit.

Dr Wong berkata, walaupun epilepsi dianggap antara masalah yang lazim tetapi masyarakat masih prejudis dan mempunyai stigma negatif terhadap pesakit. Perkara inilah yang membuatkan pesakit lebih menderita kerana pesakit kanak-kanak biasanya dibuli, diejek dan dipulaukan sehingga menyebabkan mereka tertekan, tidak mahu ke sekolah dan pelajaran merosot.

Bagi pesakit dewasa pula, antara masalah yang dihadapi ialah diskriminasi dalam pekerjaan kerana ada majikan tidak mahu mengambil pekerja yang 'sakit'. Kalau dulu pesakit epilepsi dianggap gila dan diletakkan di hospital mental, dikurung, tidak dibenarkan berkahwin atau mempunyai anak kerana bimbang penyakit itu menjadi warisan keluarga.

Diagnosis
Bukan mudah untuk menentukan seseorang mengalami epilepsi atau tidak. Doktor perlu membuat pemeriksaan terperinci, termasuk mengetahui sejarah serangan sawan, tempoh serangan, sama ada pesakit hilang kesedaran atau tidak ketika diserang, adakah ia membabitkan pergerakan tangan dan kaki atau hilang kawalan air liur, pergerakan mata yang lemah serta tidak dapat mengawal pundi kencing.

Oleh kerana pesakit biasanya tidak ingat apa berlaku, bantuan dan pemerhatian ahli keluarga diperlukan. Lebih baik jika pesakit atau ahli keluarga dapat merekod semua butir ini setiap kali pesakit mengalami serangan sawan. Untuk mengenal pasti, doktor akan melakukan ujian elektroensefalogram (EEG) untuk merekod aktiviti elektrik otak. Otak individu yang mengalami epilepsi menunjukkan perubahan pada gelombang otaknya, walaupun ketika tidak diserang sawan. Bagaimanapun, ujian ini tidak begitu tepat kerana ia gagal mengesan 40 hingga 50 peratus kes pesakit epilepsi.

Rawatan
Pesakit epilepsi perlu diberi rawatan segera. Ini kerana setiap kali mendapat serangan, otak kekurangan oksigen. Jika dibiarkan, keadaan pesakit boleh menjadi semakin teruk. Kekurangan oksigen pada otak bukan saja menjejaskan proses pembelajaran, terutama pada kanak-kanak, tetapi boleh menyebabkan kerosakan sel otak.

Rawatan yang ada kini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal sebaik orang lain dan lebih 80 peratus pesakit boleh mengawal serangan sawan dengan pengambilan ubat secara teratur mengikut dos ditetapkan doktor.

Dr Raymond berkata, untuk membolehkan pesakit mempunyai kehidupan normal, pesakit akan diberikan ubat anti epilepsi (AED). Ubat AED terbahagi kepada dua kumpulan: generasi pertama dan kedua. Ubat generasi pertama seperti phenytoin, phenobarbitone, carbamazepine, sodium valproate, clobazam and clonazepam biasanya akan diberikan dulu dalam rawatan awal epilepsi.

Ubat ini juga digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami sawan separa atau sepenuhnya. Ubat generasi pertama ini bagaimanapun ada kekurangannya kerana ia mempunyai kesan sampingan serius seperti muka menjadi kasar, berat badan bertambah, jerawat, nodus limfa bengkak, pening, hilang keseimbangan, tulang menjadi lembut dan pertumbuhan lebih sel normal pada gusi.

Ubat AED generasi kedua (ubat baru) yang kurang kesan sampingan diperkenalkan pada awal 1990-an. Kemasukan ubat seperti lamotrigine, oxcarbazepine, topiramate, tiagabine, gabapetin dan levetiracetam ke negara kita agak lewat iaitu hanya pada 2004. Namun kesan ubat ini berbeza antara pesakit. Ada yang dapat mengawal penyakit mereka sejurus selepas mengambil ubat tetapi ada yang tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Rawatan anti epilepsi biasanya ada risiko kecil seperti perubahan perlakuan dan fikiran termasuklah mempunyai keinginan membunuh diri. Justeru itu setiap pesakit yang mengambil ubat AED perlu melaporkan segera kepada doktor jika mereka mengalami perubahan emosi yang teruk, terfikir atau ada keinginan mencederakan atau membunuh diri.

“Inilah sebabnya pesakit mesti berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum menjalani sebarang program rawatan anti epilepsi. Pakar perubatan perlu mengenal pasti jenis serangan sawan, umur pesakit, keperluan untuk mengelakkan berlakunya interaksi antara ubat anti epilepsi dengan ubat lain yang diambil pesakit, keadaan kesihatan pesakit dan sama ada pesakit hamil atau pun mengambil ubat pencegah kehamilan,” katanya.

Kebanyakan rawatan dimulakan dengan satu jenis ubat dan dosnya diubah mengikut keperluan. Kekerapan pengambilan ubat juga berbeza mengikut keperluan setiap pesakit. Sesetengah pesakit mungkin hanya perlu mengambil ubat sehari sekali, tetapi ada juga pesakit perlu makan ubat dua hingga tiga kali sehari. Jadi, jangan bandingkan kekerapan atau dos ubat ahli keluarga anda dengan pesakit lain.

Dalam sesetengah kes, pesakit memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal penyakit mereka dengan baik. Pada masa sama pesakit juga perlu berjumpa doktor mengikut jadual ditetapkan untuk menjalani ujian darah bagi mengukur paras ubat AED. Ada pesakit perlu diuji seminggu selepas rawatan dimulakan kerana kebanyakan ubat mengambil masa seminggu untuk mencapai tahap yang boleh diuji.

“Pesakit perlu selalu berhubung dengan doktor untuk memastikan ubat yang diambil benar-benar berkesan. Selain itu pesakit diingatkan supaya kekal dengan ubat berjenama (berpaten) yang dibekalkan doktor dan tidak beralih kepada ubat generik (ubat yang tiada paten, dihasilkan mana-mana pengeluar ubat selepas paten ubat asal tamat tempoh). Kajian mendapati sesetengah ubat anti epilepsi generik kurang berkesan dan menyebabkan serangan sawan pada ramai pesakit,” katanya.

Isu keselamatan dan bantuan
Kebanyakan orang sering terlepas pandang perkara kecil apabila membabitkan isu keselamatan. Bagi pesakit epilepsi, semua perkara adalah penting dan perlu diberi perhatian. Ia boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Perlindungan kepada pesakit yang mengalami serangan sawan, ia mungkin disebabkan kecederaan ketika rebah atau tidak sedarkan diri.
  • Perlindungan daripada kemalangan yang membabitkan serangan sawan, yang turut membabitkan orang lain.

Individu yang mengalami sawan berhadapan dengan pelbagai di banyak tempat dan keadaan. Bagaimanapun kecederaan ini boleh dikurangkan dengan membuat beberapa perubahan atau pengubahsuaian mudah pada persekitaran dan cara pesakit melakukan sesuatu kerja.

Walaupun kita tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap epilepsi, tetapi tidak rugi jika mengambil tahu serba sedikit mengenai penyakit ini termasuklah bantuan yang boleh diberi jika pesakit mengalami serangan sawan seperti:

  • Pastikan persekitaran pesakit selamat dan tidak sesak. Elak berkumpul mengeliling pesakit kerana ketika ini otak pesakit kekurangan oksigen dan mereka memerlukan banyak oksigen.
  • Jangan ubah kedudukan pesakit jika tidak perlu. Bagaimanapun, jika pesakit jatuh di tempat yang kurang selamat, baru boleh dialihkan.
  • Jangan masukkan sesuatu ke dalam mulut pesakit. Tidak mengapa jika dia tergigit lidahnya kerana serangan sawan biasanya berakhir dalam masa beberapa saat hingga minit.
  • Jika pesakit adalah wanita, jaga kehormatannya.
    Biar sawan berakhir sendiri. Jangan cuba `betulkan' atau luruskan tangan mahu pun kakinya yang mengalami kekejangan.
  • Biasanya selepas mengalami serangan sawan, pesakit akan tertidur seketika. Justeru, pastikan pesakit dalam keadaan selamat - termasuk harta bendanya.
  • Jika serangan berlaku melebihi tempoh biasa atau pesakit mengalami serangan berulang, segera bawa ke hospital.
  • Bagi pesakit sendiri, sentiasa bawa nombor telefon rumah atau ahli keluarga yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. Untuk keterangan lanjut mengenai epilepsi orang dewasa dan kanak-kanak, anda boleh layari laman web www.epilepsy.org.my.

Wednesday, July 21, 2010

Derita Sakit Pinggang

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my

pix_gal0
DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.

Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.

Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.


Info Kesihatan

Kesan negatif akibat masalah tulang belakang


1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang

Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?

SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

  • Elak baring terlalu lama.
    Mengurangkan sakit belakang

  • Berehat.
    Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

    Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

    Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

  • Mandi air suam
    Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

    Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

    Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

  • Menggunakan tilam yang sesuai
    Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

  • Ambil aspirin
    Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

  • Relaks
    Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

  • Gunakan kusyen
    Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

    Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

  • Berenang
    Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

  • Mengangkat barang dengan cara yang betul
    Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

  • Kawal berat badan
    Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.
  • Sumber : Berita Akhbar
  • Peluh Melampau


    Oleh Dr Suhaimi Isa
    bminggu@bharian.com.my

    Soalan:

    DOKTOR, saya remaja 18 tahun dan mengalami masalah peluh yang serius. Masalah ini selalu terjadi pada bahagian tangan dan tapak kaki yang turut menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan menimbulkan pelbagai masalah seperti kesukaran menulis. Ia berlaku pada setiap masa dan paling serius ketika cuaca panas. Soalan saya, apakah cara pemakanan yang dapat mengurangkan masalah ini atau sebarang rawatan dan ubat-ubatan bagi memulihkan penyakit ini?

    Jawapan

    PADA pandangan saya, saudara Zahid mengalami hiperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan dan kaki dan juga di bawah ketiak.

    Hiperhidrosis selalunya berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidaklah sehingga ke tahap membawa kematian tetapi ia juga boleh menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan mengganggu pekerjaan seperti susah menulis.

    Untuk pengetahuan saudara, hiperhidrosis sukar untuk dirawat dengan berkesan tetapi pada masa sekarang ada banyak kaedah-kaedah baru yang boleh digunakan dan memberi prognosis yang baik.
    Ada tiga jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca dari emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan dan kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan.

    Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.

    Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudara perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

    Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit–penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis ynag boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilakukan.

    Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidroisis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Bagaimanapun, penggunaan krim atau sapuan topikal mengandungi asid borik, potassium permanganate, formaldehyade, aluminium choride juga dikatakan memberi kesan terhad dan mempunyai kesan sampingan seperti alahan.

    Ada juga bahan sistemik digunakan seperti ubat antikoligenik. Contohnya propantheline bromide,oxybutynin dan benztropine lebih berkesan tetapi mempunyai kesan-kesan sampingan seperti penglihatan kabur atau kelabu, mulut dan mata menjadi kering, susah kencing dan sembelit.

    Selain itu, ada pelbagai ubat-ubatan yang turut digunakan untuk rawatan hiperhidrosis. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

    Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan. Oleh kerana rawatan hiperhidrosis adalah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka saudara perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.

    Sumber : berita akhbar

    Friday, July 16, 2010

    12 Fakta Menarik Tentang Ketawa

    TAHUKAH anda manfaat dan fakta aneh disebalik ketawa? Berikut 12 fakta disebalik ketawa itu seperti yang dipetik dari Genius Beauty.

    1. Bayi tidak boleh ketawa sampai mereka mencapai usia tiga bulan.
    2. Ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori.
    3. Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan 60 mph.
    4. Ada 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
    5. Seseorang yang sering ketawa gembira memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah dibanding orang yang murung.
    6. Percayakah Anda, ada tanaman yang disebut bunga ketawa. Begitu juga jika melihatnya Anda akan ketawa seperti orang gila selama setengah jam.
    7. Ketawa 17 minit per hari dipercaya memperpanjang waktu hidup selama satu hari.
    8. Rata-rata anak berusia enam tahun ketawa 300 kali sehari. Ketika kita meningkat tua kita tersenyum dan tertawa hanya 15 kali sehari.
    9. Senyuman pelayan dapat membuat pelanggannya memberikan tips tambahan.
    10. Baik untuk perut, jika Anda ketawa selama satu jam tanpa henti.
    11. Dengan tersenyum. Model iklan american Gordon Todd menikmati bayaran $ 4.000.
    12. Orang yang tinggal di Brazil dan Cuba lebih banyak tersenyum dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Scandinavia.

    Wednesday, July 14, 2010

    Campak berjangkit jika pangku bayi

    Soalan

    ADAKAH kita dibolehkan menyusukan anak semasa kita demam campak?Bayi saya itu berusia setahun empat bulan. Saya pernah terbaca jika kita demam campak, si ibu mesti memerah susu sebelum diberikan kepada anak. Jika terus menyusukan anak tanpa diperah, adakah ia boleh mendatangkan masalah?

    NA,
    Petaling Jaya, Selangor.

    Jawapan

    VIRUS demam campak (Varicella Zoster Virus atau VZV) sangat mudah berjangkit melalui sentuhan terus luka bintil mengandungi virus itu ataupun melalui udara.

    Virus ini dilaporkan tidak berada di dalam susu badan. Bagaimanapun, sekiranya menyusukan badan, anak yang disusukan itu berada di pangkuan dan lebih berisiko untuk terpegang bahagian tubuh anda yang mempunyai penyakit itu.

    Maka, untuk tujuan mengurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan, mungkin anda ingin menghentikan penyusuan badan secara langsung dan bertukar sementara waktu secara memerah susu dan menggunakan botol.

    Di samping itu, anda dinasihatkan cuba turut mengelakkan sentuhan bintil kepada anak anda. Mengambil kira ini adalah jangkitan demam campak yang pertama anda alami, antibodi mungkin belum terbentuk dahulunya.

    Dalam hal ini, anak anda juga boleh diberikan suntikan antibodi VZIG. Bertanyalah kepada doktor anda.

    Sumber : Tanya Pakar - Harian Metro

    Tuesday, July 13, 2010

    Padah Online 24 Jam



    Saban hari lahir pelbagai teknologi serba moden yang diwujudkan demi memudahkan kehidupan manusia ERA ini. Walau bagaimanapun ada segelintir manusia masih tidak bijak menggunakan kemudahan yang ada ini secara bijak sana.

    Kehadiran Internet ternyata menjadikan kehidupan kita hari ini jauh lebih mudah. Mahu mencari informasi tentang apa pun, hanya perlu menaip pencarian kamu itu di papan kekunci dan ‘klik,’ jawapan akan langsung terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit pintar milikmu. Ingin berkomunikasi atau berhubung dengan rakan-rakan lama? Kamu boleh mengaplikasikan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan banyak lagi. Malah jika kamu ingin berbelanja, muat turun lagu, urusan pembayaran/perbankan mahupun memaparkan foto, semuanya boleh kamu lakukan secara online dengan Internet!

    Jadi tidak hairanlah jika kehidupan hari ini dirasakan begitu sukar jika tiada Internet. Lebih-lebih lagi semenjak penggunaan BlackBerry semakin rancak diperkatakan. Tidak salah jika kamu ingin menggunakan Internet ini, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ketagih kerana ia akan menyusahkan diri kamu sendiri.


    KETAGIHAN?

    Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar.

    REALITI YANG TAK INDAH

    Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

    PENURUNAN KUALITI HIDUP

    Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada mata.

    Sumber : majalah remaja


    Monday, July 12, 2010

    PEMAKANAN Seimbang Untuk Lelaki/Suami

    BUKAN bakal mama sahaja yang perlu menjaga pemakanan untuk mendapatkan anak yang berkualiti tetapi bakal papa juga tidak terkecuali. Kesihatan suami dalam persediaan kehamilan isteri perlu diberi perhatian.
    Diet suami penting untuk menghasilkan zuriat yang sihat melalui penghasilan sperma yang berkualiti. Justeru itu, para suami perlu mengkaji cara pemakanan mereka dan jangan menunding jari pada isteri sahaja jika masih tidak hamil.
    Antara perkara yang harus dilakukan oleh para suami seperti berikut:
    1. MENDAPATKAN VITAMIN C yang cukup melalui buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Kekurangan vitamin C dan antioksida lain boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Jika suami seorang perokok keperluan antioksidanya adalah tinggi. Oleh itu sekiranya suami termasuk dalam golongan yang tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran atau tergolong dalam golongan yang merokok, maka kita perlu ajak mereka untuk makan dan mengurangkan pengambilan rokok.
    2. MENDAPAT ZAT BESI yang mencukupi melalui pengambilan makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin.
    3. MENDAPAT KALSIUM DAN VITAMIN D yang mencukupi.
    4. MENDAPATKAN SUMBER PROTIEN yang amat tinggi untuk penghasilan hormon, sel darah merah, pemulihan tisu, ketahanan badan dan sebahagainya.

    Lain-lain faktor yang boleh menjejaskan kuantiti sperma, meningkatkan jumlah sperma tidak normal atau menurunkan paras hormon:

    • Keadaan yang terlalu panas seperti sauna atau cara berpakaian (seluar ketat) dan menyebabkan suhu meningkat.
    • Merokok.
    • Minum alkohol berlebihan. (ISLAM adalah HARAM)
    • Pencemaran ditempat kerja sama ada pendedahan radiasi atau kimia.
    • Pengambilan kopi berlebihan. Hadkan pada satu hingga dua cawan sehari.

    Sumber : PA&MA jan'09

    RESEPI 3Budaya Waktu Berpantang

    Resepi Cina

    Sup Kurma Merah
    Bahan:
    • 100gm ayam/50gm ikan bilis
    • 20gm kacang hitam
    • 20gm kurma merah
    Cara:
    • Rebuskan kesemua bahan tersebut sehingga empuk dan sesuai diminum semasa masih panas

    Sup Lobak Putih

    Bahan:

    • Setengan batang lobak putih di kerat-kerat setebal 1/2cm.
    • Sedikit daun kucai.
    • Garam secukup rasa.

    Cara:

    • Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan tersebut. Jangan terlalu lama. Sedia dihidang.

    Resepi India

    Kari Ikan Yu

    Bahan:

    • 2potong ikan yu
    • 3ulas bawang merah
    • 2ulas bawang putih
    • 2sm kunyit
    • 3sm halia
    • 3sudu makan serbuk kari
    • sebatang kayu manis
    • sedikit cengkih dan bunga lawang
    • 400ml santan
    • garam secukup rasa

    Cara

    • Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari.
    • Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya.
    • Masukkan ikan dan biar seketika.
    • Kemudian masukkan garam secukup rasa.
    • Masukkan santan dan kacau perlaha hingga mendidih.
    • Sedia untuk dihidang.

    Daun Murungay Bergoreng

    Bahan:

    • Secekak daun murungay
    • 2ulas bawang merah
    • 2ulas bawang putih
    • 50gm ikan bilis
    • 1sudu makan minyak masak

    Cara:

    • Hiriskan bawang merah dan bawang putih.
    • Tumis bersama ikan bilis.
    • Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidang.

    Resepi Melayu

    Ikan Bilis Berkunyit

    Bahan:

    • 5sm kunyit
    • segenggam ikan bilis
    • 2sudu teh lada hitam

    Cara:

    • Tumbuk kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman seperti pucuk pegaga dan daun selom.

    Sumber : PA&MA jun'02

    KEPENTINGAN Selisih Jarak Makan Selama 6jam

    • Mempertajam daya ingatan adan intelek.
    • Menguatkan tulang dan menjaga fungsi ginjal.
    • Menambah tenaga dan mengurangkan sterss.
    • Menolong menstabilkan berat badan.
    • Mengurangi pertumbuhan kanser, penyakit jantung dan diabetes.

    Sumber : DARA.com edisi96 jun'10

    GANGGUAN PENCERNAAN

    BANYAK penyakit yang di hidapi oleh seseorang berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Diet yang salah boleh menyebabkan anda menderita tubuh badan secara luaran dan dalaman. Pemilihan makanan yang yang seimbang amat penting demi kesihatan tubuh badan anda untuk tempoh jangka waktu yang panjang. Namun, terdapat juga beberapa jenis makanan dan waktu yang salah. Kesalahan kecil sebegini boleh mengganggu sistem pencernaan pada tubuh badan anda.
    1. Semua makanan yang pedas dan rempah ratus seperti pala, kayu manis dan cengkih amat mudah mengganggu sistem pencernaan anda.
    2. Minuman beralkohol amatlah bahaya untuk kesihatan anda dan kita sebagai umat ISLAM adalah haram sama sekali.
    3. Makanan yang diawet atau diperam seperti mayonis, kicap, makanan yang masin serta mengandungi kandungan kimia yang tinggi perlulah di jauhkan.
    4. Kafein (kopi, teh), theobromine (coklat) dan penggunaan tembakau boleh memberi kesan pada tubuh badan anda jika kerap diamalkan.
    5. Pengambilan vitamin dan makanan kesihatan tambahan secara berlebihan.
    6. Campuran susu, telur dan gula terutamanya yang digunakan dalam kuih, kek dan puding.
    7. Produk-produk soda masak dan tepung soda dalam makanan kecil, biskut dan donat.
    8. Buah yang kurang masak atau terlalu masak.
    9. Buah-buahan dan sayuran yang dimakan bersama-sama dalam satu hidangan.
    10. Makanan yang terlalu panas atau terlalu dingin.
    11. Jarak antara waktu makan kurang dari lima (5) jam.
    12. Makan terlalu berlebihan, tergesa-gesa, lewat malam serta bercampur-campur.
    13. Meminum air atau cairan lain ketika makan.

    Sumber: DARA.com edisi 96, jun'10

    Saturday, July 10, 2010

    Khasiat limau bali


    Buah limau bali muda berumur antara empat dan lima minggu.

    INOVASI ini dihasilkan daripada tisu buah limau bali muda (Citrus grandis) menggunakan teknik pengkulturan tisu. Ia berupaya digunakan sebagai sumber antioksida semula jadi dalam produk kesihatan dan makanan berfungsi.

    Sumber antioksida daripada bahan semula jadi iaitu limau bali muda yang berpotensi tinggi menggantikan bahan sintetik yang kini menguasai pasaran.

    Kelebihan CiTRUsX adalah kandungan asid askorbik yang tiga kali ganda lebih tinggi berbanding buah limau bali itu sendiri.

    Produk ini juga mengandungi sebatian gandingan yang sama dengan buah limau seperti flavones, flavanones dan beberapa komponen lain yang melengkapkan fungsi sebagai antioksida dan ia hanya diperoleh dalam antioksida semula jadi.

    Tisu hasil dari proses kultur ini amat berpotensi dalam menghasilkan bahan sebatian semula jadi kerana ia terdiri daripada struktur sel yang homogen dan sememangnya tersedia untuk diaplikasikan ke dalam produk kesihatan dan makanan berfungsi tanpa perlu melalui proses pengekstrakan.

    Sumber antioksida semula jadi dari tisu kultur buah limau bali muda ini boleh dicampurkan terus pada produk kesihatan termasuk vitamin, makanan berfungsi, minuman kesihatan dan produk penjagaan kulit.

    Selain itu, ia juga mampu bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi bagi memanjangkan jangka hayat produk.

    Penggunaan buah limau bali muda dalam penyelidikan ini dapat mengurangkan pembaziran pembuangan buah limau bali muda yang dilakukan kebanyakan pengusaha tanaman itu bagi memberi peluang sebahagian buah saja membesar pada saiz yang dikehendaki.

    Secara tidak langsung, penyelidikan ini turut memberi tambah nilai kepada industri penanaman pokok limau bali yang kebanyakannya tertumpu kepada pemasaran buah limau bali matang semata-mata.

    Permintaan dan pasaran asid askorbik yang sememangnya tinggi di dunia masa kini memberi kelebihan kepada produk ini.

    Tambahan pula ia dihasilkan secara semulajadi memberi kelebihan untuk dipilih apabila memasuki pasaran kelak.

    Friday, July 9, 2010

    Pakar Kanak-Kanak : Anak Berdengkur..

    DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

    DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

    Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain.

    Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.

    Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak.

    Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur.

    Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah laku, mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.

    Punca

    Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:

  • Bentuk anatomi — seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.

  • Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.

  • Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)

    Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?

    Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain keadaan yang membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak kisah anak mereka berdengkur, malah ‘bangga’ kerana anak mereka ‘seperti orang dewasa kecil yang berdengkur seperti ahli keluarga’.

    Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu diperiksa.


    Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?

    Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa. Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi. Namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi.

    Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah sama, sama ada ketika tidur atau jaga.

    Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Kira-kira tiga peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun mengalami masalah ini yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.

    Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas

    Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon dioksida dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang lain.

    Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh’ sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak biasanya terpaksa ‘berjuang’ untuk bernafas kerana udara tidak masuk.

    Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida meningkat yang menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada kanak-kanak yang terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk bernafas dan kembali tidur.

    Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?

    Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan perkara normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang pasti, jika anak anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia menunjukkan dia mengalami masalah apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan yang perlu dirawat.

    Risiko apnea tidur

    Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan banyak lemak pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah berehat dan membuatkan saluran pernafasan menjadi lebih kecil.

    Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain.

    Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak menyebabkan adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan menyukarkan mereka bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma mengalami masalah ini. Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun mempunyai mekanisma berbeza. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko tinggi untuk berdengkur.

    Kesan berdengkur

    Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan anak anda berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad, sukar menumpukan perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan kerap mengantuk.

    Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih penting ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi buruk.

    Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti kanak-kanak yang alami gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya kanak-kanak yang melawan rasa mengantuk akan berkelakuan hiperaktif, mula mengacau orang lain dan akhirnya meragam.

    Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan duduk diam di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah hiperaktif ini akan hilang.

    Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur, otak tidak mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya. Dalam tempoh pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan terjejas.

    Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan kekurangan tidur ini boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ kanak-kanak menjadi rendah.

    Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia mengubah tekanan darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami tekanan darah tinggi. Pada orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius.

    Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang. Jika kurang tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan harinya (terutama makanan mengandungi banyak lemak dan gula).

    Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan menyebabkan masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi perangsang kepada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko sakit jantung pada usia yang lebih muda.

    Rawatan

    Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Pada orang dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti, rawatan menggunakan mesin CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan) boleh membantu.

    Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil dan adenoid yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka berjumpa pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90 peratus kes berjaya diselesaikan.

    Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di hospital.

    Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada kanak-kanak obes), mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan positif saluran pernafasan dua paras).

    Sumber : MyMetro