Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Hilangkan Daki Di Badan

  1. Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
  2. Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.

Sumber : IT

Mengelakkan Minyak Memercik

  1. Ketika memanas minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur dan masukkan ayam yang hendak digoreng.
  2. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng

Sumber : IT

Saturday, July 31, 2010

Mengatasi Masalah Sembelit

Tahukah anda, buah epal dapat membantu melindungi jantung, mengelak sembelit, cirit-birit, melindungi sendi tulang dan memperbaiki kapasiti peparu?

Amalan memakan buah epal boleh mencuci toksin di dalam badan. Malah, dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.


Sumber : Majalah

Khasiat Peria

Rupanya......... menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.

Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria :
• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.


Sumber : Majalah Saji

Saturday, July 17, 2010

Camne nak buat bila kepok lekor berLENDIR!!!


kalau dah nama orang GANU kan, konpem takleh dipisahkan dari kepok lekor. ehhh ini hanylah kan, taktau ler orang GANU lain k...setiap kali cuti yang mana balek ke GANU, harussss beli kepok lekor nih...kalau tak, mesti macam tak lengkap jer...ye r kepok kat kl kepok batu...keras ketung...


ok,
kali nih nak ajar korang sket pasal kepok lekor k. let say la, korang mintak tolong kengkawan beli kan kepok lekor nih, then bila korang terima kepok yang dalam bungkusan tuh, then korang bukak korang nampak kepok lekor tuh macam semacam:

1) Macam busuk
2) berlendir


and haruss la korang tak lalu kan. TAPIIIIII, ingat kepok tuh sebenarnya OKEY, BOLEH DI MAKAN, kepok tuh jadik cenggituh sebabnya:
~ panas panas terus dibungkus, so wap air tuh takleh nak keluar, maka dia akan melekat balek kat kepok tuh.

dan, caranya,


1) kalu korang dasar pemalas, boleh jer terus potong potong kepok tuh, and goreng dalam minyak mendidih. tapi masa nak potong tuh, korang tahan la yer lendir bagai tuh ;)


2) cara betol:
~ korang panaskan air dan garam
~ bila dah mendidih, masukkan kepok
~ lepas seketika...haha ayattt, agak agak kepok tuh macam kembang...korang angkat laaa
~ pastu toskan dan biar sejuk sket
~ potong potong potong, dan boleh la mulakan aktiviti menggoreng kepok k


ok, itu jer caranya...hahha cara yang hany selalu buat ler...;)


ni yang dah direbus, tgh tos nak bagi sejuk sebelom goreng
ni bukan saiz asal, hany dah potong dua...


potong kecik kecik sebelom goreng...


hurmmm...panas ke minyak tuh???


ni pencecah nye, org GANU panggil LADA
tp org luar panggil SOS kan...


siap di goreng...
JOM MAKANNN...

sangat besh makan petang petang...wuuuu syokkk sangat...tapi lagik besh makan tepi pantai kat GANU ahahah angau ape ko hany...

Tuesday, July 13, 2010

PETUA ORANG-ORANG LAMA..

Meredakan Batuk


Sesetengah orang mengalami masalah batuk yang berpanjangan.Bagi mengatasi masalah ini ,anda buleh mencuba petua daripada orang2 lama...
Ambik sesudu besar madu lebah dan campurkan air perahan limau nipis dari setengah biji sahaja...Minumlah sebanyak 3 kali sehari. Amalkanlah..InsyaAllah mujarab..

*pantang : jangan makan buah tembikai dalam tempoh mengamalkan petua ini*




Hilangkan Rasa Pahit Bunga Betik


Kepada sesiapa yang menggemari menu makanan dari bunga betik tetapi masih tidak tahu cara-cara untuk menghilangkan rasa pahitnya.Sila cuba petua ini.. Ketika merebus bunga betik,masukkan beberapa helai daun jambu batu.Setelah bunga betik layu bolehlah diasing/buangkan daun jambu batu tersebut.Sekarang anda bolehlah meneruskan menu anda dengan menjadikannya ulam-ulaman atau jadikan ia kerabu..Selamat mencuba.

*khasiat bunga betik : melawaskan perut serta awet muda*




Melembutkan Daging


Sesetengah orang suka memasak rendang daging dengan merebusnya terlebih dahulu.Walaupun telah direbus,adakalanya daging tersebut masih belum empuk/liat.Untuk mengatasinya cubalah petua ini..
Semasa hendak merebusnya, masukkan sedikit cuka makan ke dalam rebusan tersebut..InsyaAllah..daging tersebut akan menjadi lembut.
Selamat mencuba..

Sumber : Orang-orang lama