Saturday, July 31, 2010

Mengatasi Masalah Sembelit

Tahukah anda, buah epal dapat membantu melindungi jantung, mengelak sembelit, cirit-birit, melindungi sendi tulang dan memperbaiki kapasiti peparu?

Amalan memakan buah epal boleh mencuci toksin di dalam badan. Malah, dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.


Sumber : Majalah

Kolesterol Pada Udang Tidak Merbahaya

UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?

Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.

Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.

Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga
.



Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing.

LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.

Khasiat Peria

Rupanya......... menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.

Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria :
• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.


Sumber : Majalah Saji

Kayu Keramat Terengganu

Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
375 ml air
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Mudah dan ringkas....Selamat mencuba!

Sumber : Majalah SAJI

Kegagalan Hati

Penyakit kuning ypada bayi yang baru lahir biasanya dialami dalam jangka masa pendek dan tidak berbahaya. Tetapi di kalangan orang dewasa menunjukkan mereka mengalami masalah kesihatan yang serius dan perlu dirawat segera oleh doktor.

Penyakit kuning adalah tanda bagi banyak penyakit. Ia boleh dikesan apabila kulit dan sklera (bahagian putih mata) berubah menjadi kuning, Ini berlaku kerana lebihan bilirubin. Keadaan kulit kuning disertai kencing bewarna gelap dan najis berwarna pucat (berlaku apabila salur hempedu tersekat). Selain itu, pesakit mengalami kegatalan pada kulit, muntah dan hilang nafsu makan.

Gejala

Secara umum, penyakit kuning boleh dikategorikan kepada dua jenis: obstructive jaundice (sakit kuning disebabkan sekatan pada salur hempedu) dan hepatocellular jaundice (sakit kuning disebabkan masalah hati).

Obstructive Jaundice

Obstructive jaundice, atau cholesistik jaundice disebabkan sumbatan pada salur pundi hempedu akibat batu hempedu, kanser pankreas atau kanser salur hempedu. (kolangiokarsinoma).

Pesakit akan mengalami kencing berwarna gelap dan najis yang pucat disebabkan oleh kurangnya pengeluaran cecair hempedu dan bilirubin ke dalam usus. Sakit dan demam adalah gejala sekiranya salur hempedu tersumbat oleh batu hempedu. Disebabkan gejala yang dihidapi adalah sakit pada bahagian atas abdomen, pesakit selalunya disalah tafsirkan sebagai sakit gastrik.Bagaimanapun kesakitan boleh merebak ke bahagian belakang badan.

Hepatocellular jaundice

Ia disebabkan oleh kecederaan atau radang sel hati. Ubatan moden atau herba tradisional tertentu boleh mengganggu fungsi hati. Keadaan ini boleh menghalang bilirubin yang dihapuskan dari darah atau dikeluarkan dari hempedu, yang boleh menyebabkan sakit kuning. Hepatitis alkohol juga adalah penyebab utama hepatoselluler jaundice.

Virus Hepatitis

Hepatitis adalah keadaan di mana hati menjadi terangsang dan keupayaan hati untuk memproses dan merembeskan bilirubin terhalang. Penyakit virus hepatitis termasuk virus hepatitis A, B dan C. Virus hepatitis A biasanya dijangkiti melalui dari makanan bercengkerang, manakala virus hepatitis B dan C dijangkiti melalui darah atau cairan badan.

Penyakit hati kronik akan menyebabkan hati tidak boleh berfungsi seperti hati sihat. Jika terdapat lebih parut pada tisu hati menggantikan tisu normal, fungsi hati akan mengurang (misalnya tidak boleh membersihkan darah, mencernakan makanan dan menyimpan tenaga). Akhirnya sakit kuning akan berlaku. Selalunya apabila pesakit sedar mengalami sakit kuning, keadaan mungkin telah menjadi tahap serius dan pesakit mungkin mengalami kegagalan hati dan komplikasi dari serosis hati (hati menjadi keras).

Rencana ini adalah sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia yang disokong oleh Program Perut Sihat VITAGEN. Untuk mendapatkan buku mengenai kesihatan sistem penghadaman secara percuma, sila hubungi 03-5621 1408.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia

Pengalaman Cemas Ibu Muda & Bayi 55 Hari Diacu Pisau

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Seorang ibu muda hanya mampu melihat anaknya berusia 55 hari diacu dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang merompak rumahnya di Taman Desa Baru, Tok Jiring di sini semalam.

Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika wanita tersebut yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi keluar ke ampaian di luar rumahnya bagi mengambil baju.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, penjenayah itu dipercayai masuk ke rumah berkenaan ketika wanita berkenaan masih berada di ampaian.

"Sebaik sahaja wanita itu masuk ke dalam rumah, dia terkejut apabila mendapati seorang lelaki berada dalam rumahnya sambil mendukung dan mengacu pisau di leher bayinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang memakai topi keledar penutup penuh itu bertubuh kurus, tinggi dan berkulit gelap mengarahkan mangsa menyerahkan barang berharga kepadanya.

"Wanita itu tanpa berfikir panjang mengikut arahan itu dan memberikan dua utas gelang emas bernilai RM5,000 kepada suspek.

"Suspek yang tidak berpuas hati lalu menolak wanita itu sebelum menyelongkar almari dalam salah sebuah bilik rumah tersebut," katanya.

Manoharan berkata, suspek kemudian mencampakkan bayi itu di atas katil dan melarikan diri selepas mendengar bunyi hon dari arah depan rumah itu.

Beliau memberitahu, bayi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

"Polis kini sedang mengesan suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," katanya.

Laksanakan Kursus Lepas Kahwin


Komunikasi berkesan adalah antara faktor mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. - Gambar hiasan

Perkahwinan adalah kemuncak ikatan kasih sayang antara teruna dan dara selepas sekian lama mengenal hati budi masing-masing.

Namun, sikap romantis, baik tingkah laku, sikap mengambil berat adakalanya hanya tinggal kenangan semasa pasangan memadu kasih.

Sebaliknya, apabila berumah tangga tiada lagi panggilan manis kepada pasangan malah sikap romantis hanya tinggal kenangan.

Tidak hairan, ada pasangan yang sudah berumah tangga berpuluh-puluh tahun lamanya tetapi gagal mempertahankan keutuhan kasih sayang dan akhirnya bercerai.

Ini menimbulkan persoalan adakah perlu mengadakan kursus pasca perkahwinan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Lantaran itu ada yang mencadangkan supaya diwujudkan kursus lepas kahwin atau pasca perkahwinan bagi memelihara kerukunan rumah tangga.

KursusIa boleh dilakukan secara sukarela pada peringkat awal.

Peserta pula akan diberi insentif sebagai galakkan untuk mereka hadir.

Kursus itu diharapkan mampu melahirkan institusi kekeluargaan yang bahagia, tenang dan penuh dengan kasih sayang.

Bagi Norazlan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Lann A to Z, perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

"Sebagai mewakili rakan-rakan artis dan termasuk diri saya sendiri, perkahwinan bukanlah satu perkara main-main yang boleh diraptaikan macam program realiti di televisyen.

"Sama-sama kita renungkan sejenak, cukupkah tempoh dua tiga hari kursus praperkahwinan?

"Apakah tujuan sebenar kursus perkahwinan itu diadakan? Adakah sekadar melepaskan syarat?

"Aku dah buat kursus kahwin, maka aku sudah boleh kahwin sekarang, itu sahaja," katanya.

Sedangkan, katanya, hakikat yang perlu dihadapi adalah seumur hidup.

Sehubungan itu dia begitu mengalu-alukan sebarang kursus perkahwinan yang diwajibkan selepas nikah.

"Kita mesti adakan kursus tersebut, jika tidak, seperti membiarkan diri kita hanyut yang akhirnya tenggelamlah sebuah rumah tangga.

"Ini kerana kursus pasca kahwin itu adalah tangan-tangan yang menyelamatkan sebuah perkahwinan," katanya.


Sumber : Segmen Keluarga

Kastor @ Pokok Jarak : Peluang Baru Pertanian

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

DIKENALI sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani.

Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini.

Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi.

Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae.

Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand.

Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang.

Ia juga merupakan satu produk komersial terawal dan telah dikenali sejak 4,000 tahun Sebelum Masehi apabila biji benih tersebut ditemui dalam makam-makam di Mesir.

Minyak kastor

Jika di Mesir pada zaman dahulu, minyak kastor digunakan untuk menyalakan lampu dan disapu pada badan selain digunakan untuk menyihatkan rambut.

Di India ia juga digunakan untuk menyalakan lampu manakala di China menggunakannya sebagai rawatan dalam dan luaran.

Hari ini, di Malaysia, tanaman ini sedang diusahakan oleh syarikat FarmBond Resources Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak 2008.

Syarikat ini juga turut membekalkan benih kastor untuk pertanian ke seluruh Asia.

Menurut pengurus perniagaan syarikat tersebut, Zaini Zam Keman, purata tanaman kastor hanya selama 120 hari sahaja.

"Selepas 120 hari pokok kastor sudah boleh dituai untuk kali pertama.

"Pokok kastor boleh bertahan sehingga lapan tahun dan hasilnya boleh dituai sepanjang tahun jika ditanam di negara ini," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya.

FarmBond memiliki pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan serta kepakaran dalam menghasilkan benih kastor yang bermutu tinggi.

Jelas Zaini Zam, tidak semua pokok kastor yang ditanam dapat menghasilkan peratus minyak yang tinggi seperti yang dikehendaki.

Sebagai contoh, spesies tempatan memiliki biji benih yang kecil justeru ia tidak sesuai ditanam untuk tujuan komersial.

"Di sini kami menggunakan benih pokok kastor hibrid yang diimport terus dari China yang mana buahnya lebih besar dan memiliki peratusan kandungan minyak yang lebih tinggi," jelasnya.

Namun dengan ladang yang dimiliki FarmBond kini, ia tidak dapat memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat.

Justeru syarikat Farmbond mengambil inisiatif mengadakan perladangan kontrak bagi para petani yang berminat.

Jelas Zaini Zam, mereka hanya perlu menyediakan tapak (ladang) minimum hanya tiga ekar bagi memastikan mereka menerima pulangan yang berbaloi.

"Segala persiapan ladang, pinjaman bank dan penanaman pokok sehingga berusia sebulan akan diuruskan oleh syarikat sebelum diserahkan kepada petani selepas itu.

"Kita juga akan membeli semua hasil tuaian justeru petani tidak perlu risau memikirkan tentang pasaran biji kastor tersebut.

"Malah kita juga menawarkan jawatan eksekutif pemasaran sebagai agen untuk membantu petani," ujarnya.

Bagi yang berminat boleh menghubungi Zaini di talian 03 79542297 atau melayari laman web syarikat tersebut di www.farmbond.com.

Sumber : AgroBiz

Guru Agama Koma Dirempuh Kereta

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Kebiasaannya, pada setiap pagi, seorang guru al-Quran, Mohd. Redha Mohd. Rosli, 21, menuju ke sekolah tempatnya bertugas di Dungun dengan menaiki kereta milik bapanya.

Namun semalam, rutinnya itu tiba-tiba berubah apabila dia meminjam motosikal rakannya untuk ke Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Dungun dari rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Rupa-rupanya, perubahan itu adalah petanda buruk kerana dia akhirnya terbabit dalam nahas jalan raya apabila motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta dari belakang menyebabkan mangsa tercampak ke pagar sekolah.

Kemalangan yang berlaku pukul 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan sehingga kini masih koma.

Ketika ini, mangsa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipindahkan dari Hospital Dungun semalam.

Menurut abangnya, Azuhuri Mustaqim, 33, Mohd. Redha masih belum sedarkan diri dan hasil pemeriksaan, doktor mendapati adiknya itu mengalami pendarahan dalaman di otak.

"Buat masa ini, dia masih koma dan diberi rawatan rapi di HSNZ, hasil pemeriksaan mendapati otaknya pecah. Kami sedih dengan kejadian yang menimpanya tapi tetap reda dan berdoa agar dia cepat pulih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Azuhuri yang merupakan seorang eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkata, Mohd. Redha adalah anak kelima daripada sembilan beradik dan bertugas sebagai guru al-Quran di SM Imtiaz Dungun.

"Biasanya, pada setiap pagi dia ke SM Imtiaz Dungun menaiki kereta bapa, tapi semalam tingkah lakunya agak pelik dan kelam kabut sebelum dia ke sekolah dengan menunggang motosikal kepunyaan seorang rakannya.

"Tak sangka pula kejadian buruk menimpanya pagi semalam dan dia sehingga sekarang masih koma," ujarnya sambil menambah, adiknya itu turut menjadi imam di kampung mereka di Dungun.

Dalam pada itu, jurucakap polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun ketika dihubungi petang ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Friday, July 30, 2010

TERENGGANU : Bukit Puteri

Bukit Puteri

Bukit Puteri

Bukit Puteri is situated at the mouth of Terengganu River. It covers an area of about 658 hectares and the height is about 200 meters from the sea level. Bukit Puteri was built to defend the Rulers of Terengganu from attacks by the enemies. Bukit Puteri is easily accessible as there are steps leading to the top. Bukit Puteri was said to have originated as a place of residence for Puteri Bunian. However, the princess left Bukit Puteri when the local residents borrowed her cutlery and did not return them to her. According to legend, this hill was opened by a chieftain from Johor named Tuk Raja Menteri who came to Terengganu to install Sultan Zainal Abidin I as the first Sultan of Terengganu.

During the year 1830, there was a struggle for power among the two royalty of Terengganu that is, Tengku Mansur, the Sultan of Terengganu who was conferred the title of Sultan Mansur Shah II and Tengku Umar, the Yang Di pertuan Besar. Tengku Umar had built a fort at the top of Bukit Puteri for defence. This fort was built of bricks and cemented with honey, lime and egg white. However Bukit Puteri was captured by Sultan Mansur Shah II and Tengku Umar was forced to flee to Besut. Bukit Puteri then came under the control of Sultan Muhammad I who ascended to the throne when Sultan Mansur Shah II passed away. However, Sultan Mahmmud was not able to defend Bukit Puteri when it was attacked by Tengku Umar army. Finally, Tengku Umar recaptured Bukit Puteri again.

Bukit Puteri

A few historical artifacts still exists on Bukit Puteri till this present day. Among them are a big bell, cannon, a flag pole, light house, graves and a defence wall. However, long time ago there were many cannons at Bukit Puteri. The cannons were believed to have originated from Spain, Portugal and the Malay States and were given names such as Seri Jamlor, Seri Buih, Seri Johor and Laila Majnun. The bell that still exists today was built during the reign of Sultan Zainal Abidin III in the year 1908. The bell was made from yellow copper, the circumference and height of the bell were 228 centimeters and the weight was 175 kilograms. The bell was sounded when there were rampage, fire or enemies attacking the state. It was believed that the bell was guarded by a boy from the royal family. The boy job was to sound the bell if any emergency or natural disasters occurred.

A cave known as Gua Puteri can also be found here. It was used as a place to keep the gun powder, stone and iron bullets. The flag pole that is on top of Bukit Puteri was used to raise the royal flag when there were any royal ceremonies held. The weight of the flag pole was around 18 meters high. The lighthouse on the peak of Bukit Puteri functioned as a guide for fishermen and sailors that siles into Kuala Sungai Terengganu. During the reign of Tengku Umar, he built a palace called the Green Palace at the foot of Bukit Puteri but was burned down in 1882. He built a new palace near the site of the Green Palace and was named Istana Maziah which still exit until today.

Nowadays, Bukit Puteri is used as a firing range for cannon when royal ceremonies are held. Besides that, Bukit Puteri has been developed into a tourist attraction.

Sumer : Perlancongan Terengganu

Skim Cepat Kaya : Kakitangan Kerajaan Berpendapatan Rendah Menjadi Sasaran

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.

PELBAGAI...antara kereta mewah di lokasi perjumpaan ahli skim terbabit.
PELBAGAI...antara kereta mewah di lokasi perjumpaan ahli skim terbabit.
TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan.
TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan.
Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.

Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.

Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.

Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.

Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.
Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.
Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata bertindak atas maklumat dan laporan orang ramai pihaknya menyerbu empat restoran dan menahan kira-kira 100 ahli serta dalang skim terbabit.

“Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000.

“Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar,” katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid.

Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang ‘tenat’, namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along.

“Dalam serbuan itu kami menahan beberapa dalang yang sedang memperdayakan mangsa untuk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yang menjadi simbol identiti sindiket itu.

“Dalang terbabit memujuk serta meyakinkan mangsa terutama mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, badan berkanun atau syarikat swasta yang mempunyai panel dengan institusi kewangan kerana mudah membuat pinjaman melalui skim potongan gaji atau Biro Angkasa,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi.

Menurut Rohaimi, pihaknya sudah sebulan melakukan intipan dan memerhati pergerakan sindiket penipuan terbabit dan pihak KPDNKK juga menerima lebih 30 laporan berhubung kegiatan itu.

“Selepas mengambil keterangan, kami menahan 50 lelaki dan sembilan wanita dipercayai ‘orang kanan’ sindiket terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan direman sehingga esok.

“Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Putrajaya, Shahrudin Hamzah meminta orang ramai berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan cepat kaya dan berkonsep piramid.

“Mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan sama ada syarikat yang menjalankan aktiviti jualan langsung itu berdaftar atau tidak. Mereka yang meragui kesahihan perniagaan itu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.

“Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam,” katanya.

Wednesday, July 28, 2010

Terengganu kena potong tiga mata

2010/07/28
TERENGGANU dipalit duka selepas dipotong tiga mata gara-gara tindakan menurunkan Mohd Zubir Mohd Azmir dalam perlawanan Liga Super menentang Johor FC pada 6 Julai lalu.

Ia membawa padah kerana pemain itu tidak layak diturunkan selepas beraksi 24 jam sebelumnya untuk aksi pasukan Piala Presiden.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh mengakui kesilapan membenarkan pertahanan itu diturunkan kerana beranggapan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam yang ditetapkan sebelum bermain perlawanan seterusnya.
Kami mendaftar Mohd Zubir Mohd Azmir sebab kekosongan di bahagian pertahanan ekoran seorang pemain kami yang dilanda demam.

Saya menyangkakan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam tetapi perkiraan saya silap.~bernama

Ketika ditanya sama ada Terengganu akan membuat rayuan, Abdullah berkata pihaknya masih belum lagi tiba ke arah keputusan itu

Pulang selepas 7 tahun menghilang

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my


HULU TERENGGANU 27 Julai - Episod duka 'cinta Lombok' melibatkan wanita tempatan dengan pemuda Indonesia belum berakhir apabila seorang lagi wanita tempatan berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas campur tangan pihak berkuasa.

Terbaru, seorang wanita dari Kampung Kuala Pueh di sini, Ku Faridah Ku Man, 33, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarganya setelah lebih tujuh tahun mengikut suaminya ke Mataram, Lombok, Indonesia.

Ku Faridah selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira pukul 9 malam tadi sambil diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Rozi Mamat dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Sosial Jakarta, Saima Sipahutar.

Anak kedua daripada lapan beradik itu melarikan diri selepas mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya yang merupakan seorang pemuda Lombok pada 2003 walaupun tidak mendapat kebenaran keluarganya.

Ku Faridah yang kelihatan sebak setiba di halaman rumahnya, tidak dapat menahan air mata apabila berkali-kali mencium pipi ibu dan dua anak hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Dia yang telah mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pemuda Lombok itu berkali-kali menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana membantunya pulang ke tanah air.

"Sebelum ini, ibu pernah mengirimkan wang untuk saya namun ia tidak mencukupi bagi saya pulang ke sini.

"Alhamdulillah dengan bantuan kerajaan negeri, Kedutaan Malaysia (di Jakarta) dan pemerintah Indonesia akhirnya saya kembali ke sini," ujarnya.

Sementara itu, ibunya, Zainab Deraman, 58, bersyukur apabila anaknya yang pernah dianggap telah hilang itu, akhirnya kembali semula ke pangkuannya.

Menceritakan permulaan usaha membawa pulang Ku Faridah, Zainab memberitahu, sebelum ini dia tiada tempat untuk mengadu sehinggalah menemui sendiri ADUN Telemong, Rozi Mamat tiga bulan lalu.

Menurutnya, dalam pertemuan itu dia meminta bantuan menyelamatkan anaknya yang telah melarikan di Lombok beberapa tahun selepas anaknya itu berkahwin.

"Hanya tiga bulan lalu, dia (Ku Faridah) telefon saya untuk beritahu hendak pulang. Sedangkan sebelum itu dia menghilangkan diri sejak tujuh tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Rozi memberitahu, pihaknya akan berusaha membantu Ku Faridah bagi membolehkan ketiga-tiga anaknya yang kini di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Sosial Jakarta dibawa pulang ke negara ini.

"Kita akan membawa pulang ketiga-tiga anaknya itu melalui permohonan secara sah dan mengikut peraturan negara itu," katanya.

Ujar wanita itu, dia tidak menyangka dapat pulang semula ke kampung halamannya kerana mengakui tidak mampu berbuat demikian jika tidak dibantu oleh pihak yang berkenaan.

Katanya, walaupun tindakan anaknya itu amat menyedihkan, dia telah memaafkan segala perbuatan yang dilakukan Ku Faridah kerana apa yang penting dia sudah insaf dan tidak akan mengulanginya lagi.

Sunday, July 25, 2010

PERISTIWA Penting Bulan Sya'ban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Sumber : Laman IT (Jabatan Mufti Melaka)

EPILEPSI Perlu Dirawat

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
2010/07/18

MASIH terbayang kekecohan di kantin sekolah apabila salah seorang pelajar darjah empat tiba-tiba rebah dan menggelupur, terbaring di lantai di celah bangku panjang, mulutnya berbuih tidak sedarkan diri. Cikgu yang kebetulan makan bersama segera bangun, mengarahkan murid lain supaya tidak berkerumun dan mengiringkan badan pesakit.

TANDA... penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan otak.
KAWAL...epilepsi kadangkala boleh membahayakan pesakit.

Sejak hari itu, kami memang memberi lebih perhatian kepada pesakit dengan memastikan dia sentiasa ditemani seorang rakan walaupun ke tandas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Malah cikgu juga sentiasa mengingatkan kami apa yang perlu dilakukan sekiranya pesakit berkenaan mendapat serangan lagi, terutama supaya tidak mengerumuni pesakit kerana ia boleh menyebabkan dia sesak nafas.

Epilepsi atau sawan ialah penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan berulang atau tidak dijangka pada fungsi otak akibat penghasilan cecair berlebihan pada otak. Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang pesakit mengalami serangan sawan. Kenapa dan bagaimana boleh berlaku pengeluaran cecair berlebihan pada otak, tiada siapa yang benar-benar tahu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu hingga dua peratus penduduk dunia atau kira-kira 50 juta orang menderita akibat epilepsi. Ramai beranggapan epilepsi adalah penyakit kanak-kanak tetapi tahukah anda bahawa ia juga boleh menyerang orang dewasa walaupun mereka tidak pernah mengalami masalah ini ketika kecil.

Menurut Dr Perunding Neurologi Kanak-kanak, Dr Wong Sau Wei, walaupun epilepsi boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi lebih 50 peratus kes bermula sebelum pesakit berumur 25 tahun. Gangguan ini biasanya bermula pada zaman kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa. Bagaimanapun dengan kemunculan pelbagai ubat baru, serangan epilepsi boleh dikawal dan dihentikan.

Kebanyakan kes epilepsi kanak-kanak tidak diketahui puncanya (dipanggil epilepsi idiopatik) namun ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini seperti trauma fizikal ketika dilahirkan, demam panas, kecederaan kepala, jangkitan pada otak, kekurangan oksigen pada otak atau berlaku gangguan pada perkembangan otak.

Pada orang dewasa pula gangguan sistem saraf ini boleh berpunca daripada kecederaan di kepala atau apabila bahan kimia otak mengalami perubahan contohnya akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol, strok, serangan jantung atau penyakit Alzheimer (nyanyuk), kata Perunding Neurologi, Datuk Dr Raymond Azman Ali.

Tempoh serangan sawan berbeza antara pesakit antara beberapa saat, minit atau jam. Jenis gejala juga bergantung kepada bahagian otak yang mengalami gangguan. Gangguan aktiviti bahan kimia otak ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menjejaskan fungsi otak.

Epilepsi yang muncul selepas dewasa juga membolehkan doktor mengesan sejarah penggunaan ubat anti kemurungan, pendedahan kepada plumbum, karbon monosida atau bahan kima lain; juga mungkin kesan kekurangan tidur yang berpanjangan, tekanan dan perubahan hormon. Walaupun anda mungkin pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tidak semestinya anda akan mendapat epilepsi.

Antara punca yang dipercayai boleh menyebabkan epilepsi ialah:

  • Demam panas (hingga menyebabkan kerosakan pada kawasan otak yang dipanggil lobus temperal iaitu bahagian yang mempunyai fungsi membuat penilaian bunyi, bahasa dan pertuturan).
  • Mesial sklerosis - yang mengakibatkan sawan pada kanak-kanak dewasa atau orang dewasa.
  • Kecederaan atau kehadiran darah beku pada otak - gejala epilepsi bergantung kepada bahagian dan sejauh mana teruknya kecederaan otak yang dialami seseorang.
  • Jangkitan atau keradangan pada otak seperti meningitis atau ensefalitis (akibat jangkitan virus atau bakteria). Seseorang itu juga boleh mengalami sawan jika berlaku pengumpulan nanah dalam otaknya yang berpunca daripada jangkitan di hidung atau jantung.
  • Strok (sama ada dengan kehadiran darah beku atau sebaliknya).
  • Ketumbuhan otak benigna (tidak merebak) atau malignan (cepat merebak). Masalah juga boleh berlaku jika ada ketumbuhan merebak dari satu bahagian ke bahagian otak yang lain.
  • Kehadiran darah beku tidak normal pada otak. Antara penyebab kehadiran darah beku ialah pembentukan salur darah tidak lengkap (AVM) yang menghubungkan salur darah vena dan arteri. Individu yang ada AVM mempunyai salur darah penghubung yang bergumpal dan ini adalah masalah kongenital, iaitu seseorang itu dilahirkan dengan keadaan begini. Kira-kira 50 peratus pesakit yang ada masalah AVM mengalami sawan.
  • Keturunan - walaupun ada kemungkinan, tetapi risiko epilepsi disebabkan keturunan adalah sangat kecil
  • Jenis dan gejala epilepsi
    Ada kalanya sesetengah pesakit boleh mengetahui mereka akan mengalami serangan sawan. Antara amaran ini ialah bau, bunyi, berasa sensasi pada kepala atau perut mahu pun kebas. Semua `perasaan' ini dipanggil `aura', tetapi ia biasanya hanya berlaku pada pesakit yang mengalami sawan separa. Antara gejala paling biasa akibat gangguan ini ialah sawan, pitam (tidak sedarkan diri), perubahan perlakuan atau emosi.

Epilepsi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

A. Sawan keseluruhan yang membabitkan kedua-dua belah otak (kiri dan kanan). Apabila mendapat serangan, pesakit biasanya pitam atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Antara gejalanya ialah:

  • Tonik-klonik - sawan keseluruhan badan yang menjadikan badan kejang dan pesakit akan jatuh. Tangan dan kaki kelihatan seperti `ditarik-tarik' atau tersentak-sentap, air liur meleleh, terkencing dan kadangkala pesakit tergigit lidah sendiri ketika serangan sawan.
  • Sawan tonik - otot menjadi kejang dan menyebabkan pesakit jatuh, tetapi tidak mengalami gejala tersentak.
  • Sawan atonik - otot tiba-tiba dalam keadaan rehat yang mengakibatkan pesakit terduduk di atas lantai.
  • Sawan mioklonik - otot kaki (sebelah atau kedua-duanya) tersentak seketika. Gejala ini juga boleh berlaku pada seluruh badan.
  • Termangu - pesakit juga boleh jadi termangu dan hilang kesedaran seketika secara tiba-tiba. Pada ketika ini pesakit tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka dan sedar beberapa saat kemudian.

B. Sawan separa - yang membabitkan hanya sebelah otak. Jenis epilepsi ini boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:

  • Sawan separa ringkas - keadaan ini bergantung kepada bahagian otak yang terbabit. Ia boleh menyebabkan pesakit takut, dapat mengesan bau atau rasa yang sangat kuat. Pada masa sama, pesakit mungkin mengalami pergerakan sentakan pada bahagian kepala atau kaki secara tiba-tiba, pergerakan mata yang pelik atau rasa kebas pada sebelah badan. Kadangkala ia juga menyebabkan pesakit ternampak kilasan cahaya.
  • Sawan separa kompleks - keadaan ini boleh bermula dengan gejala sawan separa ringkas. Pesakit menjadi kurang peka pada persekitaran atau tingkah lakunya. Malah, pesakit mungkin hilang kawalan pada pergerakan tangan, mengunyah, menelan, bercakap dengan cepat, berlari, menari atau melakukan beberapa pergerakan pada satu masa. Keadaan ini dipanggil automatisme.
  • Sawan keseluruhan sekunder - Ia biasanya bermula dengan sawan separa (membabitkan hanya sebelah otak) yang kemudian merebak ke keseluruhan otak. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit mengalami sawan tonik-klonik (keseluruhan badan).

Kesan epilepsi
Perkataan sawan itu sendiri sudah memberikan impak negatif kepada pesakit sama ada dewasa atau kanak-kanak. Namun epilepsi kanak-kanak lebih rumit kerana penyakit ini memberi kesan negatif terhadap otak yang sedang berkembang, yang secara langsung mempengaruhi perkembangan sosial, pembelajaran dan kelakuan pesakit.

Dr Wong berkata, walaupun epilepsi dianggap antara masalah yang lazim tetapi masyarakat masih prejudis dan mempunyai stigma negatif terhadap pesakit. Perkara inilah yang membuatkan pesakit lebih menderita kerana pesakit kanak-kanak biasanya dibuli, diejek dan dipulaukan sehingga menyebabkan mereka tertekan, tidak mahu ke sekolah dan pelajaran merosot.

Bagi pesakit dewasa pula, antara masalah yang dihadapi ialah diskriminasi dalam pekerjaan kerana ada majikan tidak mahu mengambil pekerja yang 'sakit'. Kalau dulu pesakit epilepsi dianggap gila dan diletakkan di hospital mental, dikurung, tidak dibenarkan berkahwin atau mempunyai anak kerana bimbang penyakit itu menjadi warisan keluarga.

Diagnosis
Bukan mudah untuk menentukan seseorang mengalami epilepsi atau tidak. Doktor perlu membuat pemeriksaan terperinci, termasuk mengetahui sejarah serangan sawan, tempoh serangan, sama ada pesakit hilang kesedaran atau tidak ketika diserang, adakah ia membabitkan pergerakan tangan dan kaki atau hilang kawalan air liur, pergerakan mata yang lemah serta tidak dapat mengawal pundi kencing.

Oleh kerana pesakit biasanya tidak ingat apa berlaku, bantuan dan pemerhatian ahli keluarga diperlukan. Lebih baik jika pesakit atau ahli keluarga dapat merekod semua butir ini setiap kali pesakit mengalami serangan sawan. Untuk mengenal pasti, doktor akan melakukan ujian elektroensefalogram (EEG) untuk merekod aktiviti elektrik otak. Otak individu yang mengalami epilepsi menunjukkan perubahan pada gelombang otaknya, walaupun ketika tidak diserang sawan. Bagaimanapun, ujian ini tidak begitu tepat kerana ia gagal mengesan 40 hingga 50 peratus kes pesakit epilepsi.

Rawatan
Pesakit epilepsi perlu diberi rawatan segera. Ini kerana setiap kali mendapat serangan, otak kekurangan oksigen. Jika dibiarkan, keadaan pesakit boleh menjadi semakin teruk. Kekurangan oksigen pada otak bukan saja menjejaskan proses pembelajaran, terutama pada kanak-kanak, tetapi boleh menyebabkan kerosakan sel otak.

Rawatan yang ada kini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal sebaik orang lain dan lebih 80 peratus pesakit boleh mengawal serangan sawan dengan pengambilan ubat secara teratur mengikut dos ditetapkan doktor.

Dr Raymond berkata, untuk membolehkan pesakit mempunyai kehidupan normal, pesakit akan diberikan ubat anti epilepsi (AED). Ubat AED terbahagi kepada dua kumpulan: generasi pertama dan kedua. Ubat generasi pertama seperti phenytoin, phenobarbitone, carbamazepine, sodium valproate, clobazam and clonazepam biasanya akan diberikan dulu dalam rawatan awal epilepsi.

Ubat ini juga digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami sawan separa atau sepenuhnya. Ubat generasi pertama ini bagaimanapun ada kekurangannya kerana ia mempunyai kesan sampingan serius seperti muka menjadi kasar, berat badan bertambah, jerawat, nodus limfa bengkak, pening, hilang keseimbangan, tulang menjadi lembut dan pertumbuhan lebih sel normal pada gusi.

Ubat AED generasi kedua (ubat baru) yang kurang kesan sampingan diperkenalkan pada awal 1990-an. Kemasukan ubat seperti lamotrigine, oxcarbazepine, topiramate, tiagabine, gabapetin dan levetiracetam ke negara kita agak lewat iaitu hanya pada 2004. Namun kesan ubat ini berbeza antara pesakit. Ada yang dapat mengawal penyakit mereka sejurus selepas mengambil ubat tetapi ada yang tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Rawatan anti epilepsi biasanya ada risiko kecil seperti perubahan perlakuan dan fikiran termasuklah mempunyai keinginan membunuh diri. Justeru itu setiap pesakit yang mengambil ubat AED perlu melaporkan segera kepada doktor jika mereka mengalami perubahan emosi yang teruk, terfikir atau ada keinginan mencederakan atau membunuh diri.

“Inilah sebabnya pesakit mesti berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum menjalani sebarang program rawatan anti epilepsi. Pakar perubatan perlu mengenal pasti jenis serangan sawan, umur pesakit, keperluan untuk mengelakkan berlakunya interaksi antara ubat anti epilepsi dengan ubat lain yang diambil pesakit, keadaan kesihatan pesakit dan sama ada pesakit hamil atau pun mengambil ubat pencegah kehamilan,” katanya.

Kebanyakan rawatan dimulakan dengan satu jenis ubat dan dosnya diubah mengikut keperluan. Kekerapan pengambilan ubat juga berbeza mengikut keperluan setiap pesakit. Sesetengah pesakit mungkin hanya perlu mengambil ubat sehari sekali, tetapi ada juga pesakit perlu makan ubat dua hingga tiga kali sehari. Jadi, jangan bandingkan kekerapan atau dos ubat ahli keluarga anda dengan pesakit lain.

Dalam sesetengah kes, pesakit memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal penyakit mereka dengan baik. Pada masa sama pesakit juga perlu berjumpa doktor mengikut jadual ditetapkan untuk menjalani ujian darah bagi mengukur paras ubat AED. Ada pesakit perlu diuji seminggu selepas rawatan dimulakan kerana kebanyakan ubat mengambil masa seminggu untuk mencapai tahap yang boleh diuji.

“Pesakit perlu selalu berhubung dengan doktor untuk memastikan ubat yang diambil benar-benar berkesan. Selain itu pesakit diingatkan supaya kekal dengan ubat berjenama (berpaten) yang dibekalkan doktor dan tidak beralih kepada ubat generik (ubat yang tiada paten, dihasilkan mana-mana pengeluar ubat selepas paten ubat asal tamat tempoh). Kajian mendapati sesetengah ubat anti epilepsi generik kurang berkesan dan menyebabkan serangan sawan pada ramai pesakit,” katanya.

Isu keselamatan dan bantuan
Kebanyakan orang sering terlepas pandang perkara kecil apabila membabitkan isu keselamatan. Bagi pesakit epilepsi, semua perkara adalah penting dan perlu diberi perhatian. Ia boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Perlindungan kepada pesakit yang mengalami serangan sawan, ia mungkin disebabkan kecederaan ketika rebah atau tidak sedarkan diri.
  • Perlindungan daripada kemalangan yang membabitkan serangan sawan, yang turut membabitkan orang lain.

Individu yang mengalami sawan berhadapan dengan pelbagai di banyak tempat dan keadaan. Bagaimanapun kecederaan ini boleh dikurangkan dengan membuat beberapa perubahan atau pengubahsuaian mudah pada persekitaran dan cara pesakit melakukan sesuatu kerja.

Walaupun kita tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap epilepsi, tetapi tidak rugi jika mengambil tahu serba sedikit mengenai penyakit ini termasuklah bantuan yang boleh diberi jika pesakit mengalami serangan sawan seperti:

  • Pastikan persekitaran pesakit selamat dan tidak sesak. Elak berkumpul mengeliling pesakit kerana ketika ini otak pesakit kekurangan oksigen dan mereka memerlukan banyak oksigen.
  • Jangan ubah kedudukan pesakit jika tidak perlu. Bagaimanapun, jika pesakit jatuh di tempat yang kurang selamat, baru boleh dialihkan.
  • Jangan masukkan sesuatu ke dalam mulut pesakit. Tidak mengapa jika dia tergigit lidahnya kerana serangan sawan biasanya berakhir dalam masa beberapa saat hingga minit.
  • Jika pesakit adalah wanita, jaga kehormatannya.
    Biar sawan berakhir sendiri. Jangan cuba `betulkan' atau luruskan tangan mahu pun kakinya yang mengalami kekejangan.
  • Biasanya selepas mengalami serangan sawan, pesakit akan tertidur seketika. Justeru, pastikan pesakit dalam keadaan selamat - termasuk harta bendanya.
  • Jika serangan berlaku melebihi tempoh biasa atau pesakit mengalami serangan berulang, segera bawa ke hospital.
  • Bagi pesakit sendiri, sentiasa bawa nombor telefon rumah atau ahli keluarga yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. Untuk keterangan lanjut mengenai epilepsi orang dewasa dan kanak-kanak, anda boleh layari laman web www.epilepsy.org.my.

Saturday, July 24, 2010

Kempen Penghayatan Ramadhan SAT 2010

Sawa sambar tangan kiri

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/07/23

GOMBAK: Keberanian seorang lelaki yang ingin menangkap seekor ular sawa batik gergasi seberat lebih 30 kilogram hampir menyebabkan pergelangan tangan kirinya hampir putus selepas digigit reptilia berkenaan.

TANGKAP...anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang menggigit tangan Tengku Asmawi, semalam.
TANGKAP...anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang menggigit tangan Tengku Asmawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, tangan mangsa dipercayai luka parah digigit ular sepanjang kira-kira empat meter itu.

Tengku Asmawi Tengku Zahrin, 24, berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal untuk ke kedai berhampiran rumahnya di Kampung Kerdas, Batu 5, Jalan Gombak, di sini.

Menurutnya, di pertengahan jalan, dia terdengar jeritan beberapa lelaki meminta bantuan menangkap seekor ular sawa batik gergasi yang menceroboh masuk ke kampungnya.

“Ular sawa itu cuba melarikan diri dengan menyusup masuk ke bawah pagar rumah berhampiran. Walaupun tiga lelaki cuba menariknya, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Menurutnya, ketika menarik ekor ular itu tiba-tiba ia berpaling dan membaham pergelangan tangan kirinya.

“Kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan saya panik dan cuba melepaskan diri. Namun, gigi tajam ular sawa itu yang tidak ubah seperti pisau cukur terbenam jauh ke dalam tangan dan sukar dibuka.

“Bagaimanapun, saya dapat merentap tangan dari mulut ular sawa itu,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mampu merintih kesakitan melihat darah dari tangan kirinya memancut keluar manakala ular berkenaan cuba melarikan diri
“Saya dibawa rakan menaiki motosikal ke pusat perubatan berhampiran, namun doktor mendakwa luka terlalu parah dan menasihati saya dibawa segera ke HKL,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, kejadian itu menyebabkan dia hampir pengsan berikutan kehilangan terlalu banyak darah sebelum dirawat di wad kecemasan HKL.

“Walaupun doktor dan kakitangan perubatan cuba mencuci luka terbabit, darah masih tidak henti mengalir keluar dari kesan koyak pada kulit tangan saya.
“Doktor terpaksa membalut terlebih dahulu luka sementara menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Ibu mangsa, Siti Rosimah Abu Bakar, 45, berkata, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mendapatkan bantuan menangkap ular itu.
“Anggota JPAM diketuai Leftenan Muda Shahrul Kamar Johari yang membantu menangkap ular terbabit kemudian membawa pulang ular sawa berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Walaupun anak saya cedera, saya bangga dia berani menangkap ular sawa itu yang dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak atau haiwan ternakan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, ular sawa berkenaan kini disimpan di JPAM Wilayah Persekutuan sebelum tindakan susulan diambil termasuk menyerahkan kepada zoo.

Thursday, July 22, 2010

Mutiara Doa : Doa selamat

"Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad s.a,w serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon perlindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami, diri kami, keluarga kami, anak kami, harta benda kami dan segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan pada masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengasihi kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani".

Ar-Rahnu : Sistem Yang Diyakini

Oleh Mohamad Sofee Razak
rencana@hmetro.com.my
2010/07/16

MEMANG sedih melihat ramai umat Islam terpaksa berurusan dengan institusi pajak gadai bukan Islam atau konvensional yang mengamalkan riba serta caj lain yang tinggi sehingga memudaratkan peminjam.

Mereka sanggup beratur panjang mendapat wang segera bagi keperluan masing-masing biarpun terpaksa berurusan dengan institusi yang tidak Islamik.

Pajak gadai bukan Islam mengenakan kadar bunga yang tinggi selain berhadapan risiko kehilangan barang kemas yang digadaikan jika gagal menebus kembali. Ada menggunakan wang daripada pajak gadai itu untuk keperluan keluarga termasuk membeli makanan dan pakaian, malah ada bagi membiayai pengajian sekolah anak yang tinggal di asrama dan universiti. Keadaan itu menjadikan pajak gadai konvensional begitu dekat dengan masyarakat yang amat memerlukan sumber kewangan. Kadangkala mereka malu untuk meminjam daripada saudara-mara atau sahabat. Masalah birokrasi institusi kewangan bertauliah sedia ada pula mengenakan prosedur pinjamannya sangat ketat menyebabkan mereka tiada pilihan.

Dengan proses serta prosedur pinjaman wang yang mudah tanpa dokumen rumit menjadikan kedai pajak gadai bukan Islam tumpuan masyarakat. Berdasarkan sejarah, perniagaan pajak gadai di Malaysia adalah perniagaan tradisi yang dibawa masuk orang Cina berketurunan Hakka sejak 1871. Melihat kepada senario semasa, keperluan terhadap sistem pajak gadai yang lebih telus dan tidak mencekik darah amat mendesak.

Penubuhan pajak gadai Islam yang dikenali sebagai Ar-Rahnu adalah jawapan kepada masalah itu. Ar-Rahnu adalah kaedah di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya jika hutang itu tidak dapat dijelaskan.

Ar-Rahnu adalah pajak gadai berlandaskan syariah yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) sejak 1993 yang dimanfaatkan lebih 4.3 juta orang.

Perkembangan program berkenaan sangat memberangsangkan khususnya bagi menjana pendapatan penyedia dana. Sebanyak 63 cawangan Ar-Rahnu yang dikendalikan secara langsung oleh Koperasi Yapeim Berhad sejak 2000 dan bakinya Bank Rakyat sejak 1993 dan dua institusi lain bagi mengendalikan program itu. Hasil daripada kejayaan terbabit, banyak negara serantau menunjukkan minat dan mahu mengguna pakai model Ar-Rahnu yang dilaksanakan Malaysia.

Walaupun perkembangan perniagaan pajak gadai Islam amat menggalakkan, menurut Barjoyai (1999), nilai gadaian pajak gadai konvensional menguasai kira-kira 82 peratus pasaran dengan jumlah pinjaman RM1.5 billion.

Pajak gadai Islam hanya menguasai 15 peratus pasaran dengan nilai pinjaman RM275 juta.

Namun, yang menarik masyarakat bukan Islam turut memberi sambutan terhadap skim Ar-Rahnu.

Jika umat Islam sedar kepentingan pajak gadai Islam, insya-Allah masalah yang selama ini membebankan mereka akan dapat diselesaikan.

Wednesday, July 21, 2010

'Kalau ikutkan hati...'

Oleh Mohd Nasif Badruddin

2010/07/21
KUALA TERENGGANU: “Kalau ikut perasaan dan nak balas dendam memang boleh, tapi ia tidak berkesudahan. Jadi biarlah polis siasat kerana negara kita ada undang-undang,” kata Wan Zulfazri Wan Temirang, 28, adik kepada Wan Sukri, 34, yang meninggal dunia selepas dibelasah sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa mengutip ‘tol’ di jambatan Kampung Padang Hangus, Tepoh, dekat sini, kira-kira jam 10.30 malam Jumaat lalu.
Wan Sukri dari Kampung Banggol Baru, Tok Jiring, di sini, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami kecederaan teruk di kepala akibat dipukul dengan benda tumpul.


Wan Zulfazri yang bekerja di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor, berkata dia terkejut apabila diberitahu seorang ahli keluarganya, abangnya ditimpa musibah, sedangkan anak keempat daripada sembilan beradik itu seorang yang baik dan mendengar kata ibu bapa.


Katanya, kali terakhir dia bertemu abangnya yang bekerja sebagai buruh kampung pada April lalu dan selepas itu mereka hanya berhubung melalui telefon.


“Minggu lalu saya pelik apabila arwah tiba-tiba menambah nilai prabayar telefon saya sedangkan sebelum ini dia tidak pernah berkelakuan begitu, sebaliknya saya yang menambah nilai prabayar telefonnya.


“Malah, dia juga sempat memberi hadiah kepada seorang saudara terdekat baru melahirkan anak beberapa minggu lalu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ, di sini, semalam.


Menurutnya, apa dikesalkan ialah sikap sekumpulan penduduk kampung sanggup bertindak melulu membelakangkan undang-undang sehingga menimbulkan masalah lain kerana difahamkan Wan Sukri sekadar keluar berjalan di kawasan berkenaan dan menafikan dakwaan abangnya itu terbabit mengutip ‘tol’ di situ.


Katanya, ketika penduduk kampung menemui abangnya, keadaannya begitu menyayat hati dengan berlumuran darah dan cedera parah di kepala.


Malah kata Wan Zulfazri, hanya sebentuk cincin ditemui pada badan abangnya, manakala barangan lain seperti jam tangan, sejumlah wang tunai dan kad pengenalan dalam dompet serta tiga telefon bimbit termasuk milik ibu yang ingin dihantar ke kedai untuk dibaiki hilang sehingga menimbulkan persoalan siapa sebenarnya bersalah dan mencuri.


“Bimbang kejadian menimpa abang, ibu saya, Maimunah Ngah, 60, membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu petang Sabtu lalu, dan berharap polis dapat menyiasat segera kes ini dengan terperinci bagi menentukan apa sebenarnya yang terjadi dan siapa yang bersalah,” katanya sambil memberitahu jenazah abangnya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal, di sini, selepas solat Asar petang semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan daripada Maimunah dan masih menyiasat kejadian. MyMetro

Polis tahan tujuh lelaki berhubung kes pergaduhan maut di Kuala Terengganu

2010/07/21


KUALA TERENGGANU: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di Kampung Padang Hangus, Tepoh dekat sini yang mengakibatkan seorang lelaki maut akibat dibelasah malam Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Superintendan K Manoharan berkata, lima daripada mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Padang Hangus, Isnin lalu.


Katanya, dua orang lagi yang berasal dari Kampung Batu Lapan dan Banggol Tok Jiring ditahan ketika membuat laporan di balai polis daerah Kuala Terengganu, semalam.


Manoharan berkata, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 48 tahun ditahan reman sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.


Katanya, polis turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 148 kerana merusuh dan juga Seksyen 302 kerana membunuh.


"Kita yakin dengan tertangkapnya tujuh mereka yang disyaki terlibat itu, kes ini dianggap sudah selesai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam kejadian pergaduhan pada kira-kira 10.30 malam Jumaat lalu, seorang buruh Wan Sukri Wan Temirang, 34, mengalami cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapat rawatan.


Bagaimanapun, mangsa yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu, meninggal dunia pada kira-kira 2.30 petang Isnin lalu. -Bernama

Derita Sakit Pinggang

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my

pix_gal0
DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.

Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.

Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.


Info Kesihatan

Kesan negatif akibat masalah tulang belakang


1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang

Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?

SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

  • Elak baring terlalu lama.
    Mengurangkan sakit belakang

  • Berehat.
    Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

    Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

    Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

  • Mandi air suam
    Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

    Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

    Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

  • Menggunakan tilam yang sesuai
    Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

  • Ambil aspirin
    Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

  • Relaks
    Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

  • Gunakan kusyen
    Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

    Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

  • Berenang
    Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

  • Mengangkat barang dengan cara yang betul
    Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

  • Kawal berat badan
    Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.
  • Sumber : Berita Akhbar
  • Peluh Melampau


    Oleh Dr Suhaimi Isa
    bminggu@bharian.com.my

    Soalan:

    DOKTOR, saya remaja 18 tahun dan mengalami masalah peluh yang serius. Masalah ini selalu terjadi pada bahagian tangan dan tapak kaki yang turut menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan menimbulkan pelbagai masalah seperti kesukaran menulis. Ia berlaku pada setiap masa dan paling serius ketika cuaca panas. Soalan saya, apakah cara pemakanan yang dapat mengurangkan masalah ini atau sebarang rawatan dan ubat-ubatan bagi memulihkan penyakit ini?

    Jawapan

    PADA pandangan saya, saudara Zahid mengalami hiperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan dan kaki dan juga di bawah ketiak.

    Hiperhidrosis selalunya berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidaklah sehingga ke tahap membawa kematian tetapi ia juga boleh menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan mengganggu pekerjaan seperti susah menulis.

    Untuk pengetahuan saudara, hiperhidrosis sukar untuk dirawat dengan berkesan tetapi pada masa sekarang ada banyak kaedah-kaedah baru yang boleh digunakan dan memberi prognosis yang baik.
    Ada tiga jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca dari emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan dan kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan.

    Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.

    Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudara perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

    Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit–penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis ynag boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilakukan.

    Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidroisis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Bagaimanapun, penggunaan krim atau sapuan topikal mengandungi asid borik, potassium permanganate, formaldehyade, aluminium choride juga dikatakan memberi kesan terhad dan mempunyai kesan sampingan seperti alahan.

    Ada juga bahan sistemik digunakan seperti ubat antikoligenik. Contohnya propantheline bromide,oxybutynin dan benztropine lebih berkesan tetapi mempunyai kesan-kesan sampingan seperti penglihatan kabur atau kelabu, mulut dan mata menjadi kering, susah kencing dan sembelit.

    Selain itu, ada pelbagai ubat-ubatan yang turut digunakan untuk rawatan hiperhidrosis. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

    Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan. Oleh kerana rawatan hiperhidrosis adalah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka saudara perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.

    Sumber : berita akhbar

    Tuesday, July 20, 2010

    Belasah samseng kutip 'tol'

    Oleh Hadzlan Hassan

    2010/07/2

    KUALA TERENGGANU: Sekumpulan samseng kampung dipercayai sering menunjuk lagak dengan mengutip ‘tol’ di Jambatan Kampung Padang Hangus, Tepoh, dekat sini, akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila penduduk membelasah seorang daripada mereka dalam satu kejadian, Jumaat lalu.

    Difahamkan, mereka sering menahan kenderaan terutama motosikal melalui kawasan terbabit untuk melakukan peras ugut terutama pada waktu malam, namun perbuatan itu tidak bertahan lama selepas beberapa pengguna yang menggunakan laluan itu membelasah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan.


    Semuanya terbongkar apabila kumpulan penjenayah terbabit membelasah seorang penduduk dari Kampung Padang Hangus, dekat sini, selepas mangsa cuba meleraikan pergaduhan berhampiran kawasan jambatan terbabit kira-kira jam 10.30 malam.


    Mangsa, Che Haris Che Min, 48, berkata dia hanya cuba membantu meleraikan pergaduhan selepas melihat dua lelaki bergaduh di situ sebelum didatangi seorang penunggang motosikal yang melepaskan satu tendangan di belakangnya menyebabkan dia rebah.


    “Sebaik berpaling, saya dilibas pula dengan senjata panjang di pinggang sebelum melawan dengan menahan libasan berkenaan di jari dan kemudian berjaya merampas senjata terbabit selepas menendang penyerang saya.


    “Ketika itulah orang ramai mula membantu dan saya yang sudah tidak berdaya kemudian melihat senjata panjang yang mulanya disangka kayu pada tangan saya ketika itu sebenarnya pedang. Akibatnya pinggang, badan serta jari saya luka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


    Menurutnya, beberapa individu mengerumuni kawasan itu membelasah lelaki berkenaan sebelum dia meminta suspek diserahkan kepada polis yang kemudiannya membawa mangsa dan suspek ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata polis hanya menerima laporan mengenai kejadian pukul membabitkan seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan di Balai Polis Batu Rakit, kira-kira jam 11.30 malam, Jumaat lalu. ~ MyMetro

    Monday, July 19, 2010

    119 pelajar Terengganu terbabit pelbagai kesalalahan narkotik

    2010/07/19

    KUALA TERENGGANU: Seramai 191 pelajar di Terengganu ditangkap dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam pelbagai kes jenayah narkotik.
    Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, selain narkotik atau dadah, seramai 71 pelajar ditangkap kerana terbabit dalam jenayah lain seperti mencuri motosikal dan harta benda.


    "Statistik yang dipaparkan ini agak membimbangkan kerana ia membabitkan pelajar sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.


    Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, indeks jenayah di negeri itu menunjukkan penurunan sebanyak 25 peratus dengan merekodkan sejumlah 2,066 kes berbanding 2,755 pada tahun lepas.


    Katanya, penurunan paling ketara melibatkan kes jenayah kecurian harta benda manakala jenayah kekerasan pula meningkat sebanyak 22.7 peratus dengan merekodkan sebanyak 249 kes berbanding 203 kes pada tahun lepas.


    Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pasukan Gerakan Marin akan ditempatkan di balai kosong di pesisir pantai bagi membantu mencegah jenayah setempat dalam masa terdekat.


    Katanya, mereka juga akan ditempatkan di kawasan pulau seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.-Bernama

    Lori bapa gilis anak

    Oleh Suhaidi Mohamed Amin

    2010/07/19
    CHUKAI: Seorang lelaki tidak menyangka kenderaan berat yang memberikan sumber pendapatan kepada seluruh ahli keluarganya akan meragut nyawa anak kesayangannya selepas tidak menyedari mangsa digilis ketika mengundurkan kenderaan berkenaan, petang kelmarin.
    Tragedi ‘lori berdarah’ di Felda Neram 1, dekat sini, itu berlaku ketika mangsa berusia dua tahun mengekori bapanya dan tanpa disedari lelaki berkenaan mengundurkan kenderaan itu untuk mengalihkannya ke garaj berhampiran.

    Ketua Polis Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang menyebabkan mangsa, Farida Nasuha Muhd terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

    Menurutnya, bapa mangsa berusia 52 tahun hanya menyedari dia terlanggar sesuatu selepas berhenti dan terkejut melihat anaknya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

    “Lelaki berkenaan sudah memerhatikan anaknya, malah ketika kejadian dia sempat melihat seorang lagi anak lelakinya yang berusia 3 tahun di tepi rumah, tetapi tidak menyedari kelibat anak perempuannya itu.

    “Lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu lori dan mengalihkan kepala lori terbabit selepas diarahkan isterinya berbuat demikian,” katanya.

    Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan kepala kenderaan berat itu, dia tidak sempat memerhatikan pergerakan mangsa dan hanya mengetahui kemalangan selepas memberhentikannya.

    Berikutan kejadian itu, laporan polis dibuat dan siasatan awal mendapati mangsa digilis tayar kanan bahagian belakang lori.

    “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala bapa mangsa sudah diambil keterangannya bagi membantu siasatan,” katanya.

    Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

    Berikutan kejadian itu, Abdullah Sani meminta semua pemandu lebih berhati-hati ketika mengalih atau mengundur kenderaan terutama di halaman rumah bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

    “Saya berharap mereka memeriksa bahagian belakang kenderaan ketika mengundurkan kenderaan berkali-kali kerana keselamatan anak-anak terletak di tangan ibu bapa,” katanya.

    Saturday, July 17, 2010

    'Tok sayang sokmo'

    Oleh Hadzlan Hassan dan Mohd Sabran Md Sani
    am@hmetro.com.my
    2010/07/17


    KUALA TERENGGANU: “Semuanya kini umpama satu permulaan selepas hampir setahun kami terpisah akhirnya tok dipanjangkan umur dan kami bersatu kembali,” kata Wook Kundor, 108, ketika diminta mengulas mengenai pembebasan suaminya, Mohd Noor Che Musa, 39 dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Besut, kelmarin.
    TANDA KASIH…Mek Wook berpelukan dengan Mohd Noor di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, semalam.
    Berbanding Mohd Noor yang kurang selesa berbual menerusi telefon dan meminta wartawan menemuinya di Kuala Berang hari ini, Wook seolah-olah terlalu gembira serta menjawab segala soalan diajukan kepadanya dengan sesekali meminta kebenaran untuk batuk terlebih dulu kerana bercakap terlalu cepat.

    “Isteri mana yang tidak gembira apabila menemui suaminya tambahan pula suami jauh lebih muda...sekarang tok rasa macam orang penting pula mana tidaknya ramai pula orang (wartawan) cari tok dan Mat Nor (Mohd Noor) bukan kami yang cari mereka,” katanya sambil ketawa.

    Menurutnya, dia dan suami sebenarnya tidak sabar pulang ke rumah mereka di Hulu Terengganu dari Kelantan, namun mereka berdua terpaksa bermalam di rumah saudara di Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan kerana kenderaan dipandu suaminya menghadapi masalah.

    Ditanya sama ada dia melakukan pengubahsuaian rumah bagi menyambut kepulangan suami wanita itu berkata tiada apa yang dilakukan, malah sepanjang ketiadaan pasangannya itu dia menumpang di rumah saudara mara lain.

    “Tak perlulah itu semua sebabnya dia tahu kita sayang sokmo kat dianya (suami),” katanya.

    Terdahulu ketika ditemui di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, Kelantan, Wook berkata, dia gembira sebaik mendapat tahu suaminya keluar dari pusat terbabit selepas setahun ditahan untuk menjalani pemulihan selama 12 bulan lapan hari dan walaupun dia ditinggalkan selama setahun, tetapi kasih sayangnya tidak pernah sama sekali luntur.

    “Kita mengharapkan supaya Noor (gelaran suami) memelihara kita selepas ini. Lagipun badannya masih tegap dan boleh mencari pekerjaan untuk menjamin masa depan kita kemudian hari,” katanya.

    Difahamkan selepas dibebaskan daripada Puspen Besut, Mohd Noor segera menunaikan janjinya mengambil warga emas terbabit di rumah anak angkatnya di Kampung Beris, Bachok.

    Pasangan suami isteri itu kemudian pulang ke rumah pusaka milik Mohd Noor di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk bertemu saudara mara.

    Mereka kemudian pulang semula ke rumah asal yang dihuni di Kuala Berang untuk menjalani kehidupan seperti dilalui sebelum ini.

    Wook berkata, sepanjang 12 bulan dan lapan hari suami ditahan dia tidak menetap di Kuala Berang atas alasan keselamatan dan menumpang di rumah anak angkat di Bachok.

    “Pada masa sama, tok juga menumpang di rumah adik di Jerangau, Kuala Terengganu. Sesekali ada juga mendengar khabar mengenai keadaan kampung daripada jiran tetangga,” katanya.

    Menurutnya, dia tidak tahu apa yang berlaku kepada barangan di rumahnya ketika ini walaupun dimaklumkan sudah kosong ‘dikebas’ individu tidak bertanggungjawab.

    “Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada rumah kita. Setahu kita, semua barang sudah kosong termasuk peti sejuk, keris dan pelbagai lagi. Semua itu dimaklumkan jiran yang duduk berhampiran,” katanya.

    Sementara itu, Mohd Noor berkata, dia mengharapkan supaya diberi peluang menjaga isterinya dan semua yang berlaku memang disebabkan kesilapan dirinya sendiri.
    “Sekarang saya insaf dan bertaubat. Saya mahu memulakan hidup baru dengan Mek Wook. Saya juga mahu mencari kerja selepas ini untuk memastikan kehidupan kami suami isteri lebih terjamin,” katanya

    Camne nak buat bila kepok lekor berLENDIR!!!


    kalau dah nama orang GANU kan, konpem takleh dipisahkan dari kepok lekor. ehhh ini hanylah kan, taktau ler orang GANU lain k...setiap kali cuti yang mana balek ke GANU, harussss beli kepok lekor nih...kalau tak, mesti macam tak lengkap jer...ye r kepok kat kl kepok batu...keras ketung...


    ok,
    kali nih nak ajar korang sket pasal kepok lekor k. let say la, korang mintak tolong kengkawan beli kan kepok lekor nih, then bila korang terima kepok yang dalam bungkusan tuh, then korang bukak korang nampak kepok lekor tuh macam semacam:

    1) Macam busuk
    2) berlendir


    and haruss la korang tak lalu kan. TAPIIIIII, ingat kepok tuh sebenarnya OKEY, BOLEH DI MAKAN, kepok tuh jadik cenggituh sebabnya:
    ~ panas panas terus dibungkus, so wap air tuh takleh nak keluar, maka dia akan melekat balek kat kepok tuh.

    dan, caranya,


    1) kalu korang dasar pemalas, boleh jer terus potong potong kepok tuh, and goreng dalam minyak mendidih. tapi masa nak potong tuh, korang tahan la yer lendir bagai tuh ;)


    2) cara betol:
    ~ korang panaskan air dan garam
    ~ bila dah mendidih, masukkan kepok
    ~ lepas seketika...haha ayattt, agak agak kepok tuh macam kembang...korang angkat laaa
    ~ pastu toskan dan biar sejuk sket
    ~ potong potong potong, dan boleh la mulakan aktiviti menggoreng kepok k


    ok, itu jer caranya...hahha cara yang hany selalu buat ler...;)


    ni yang dah direbus, tgh tos nak bagi sejuk sebelom goreng
    ni bukan saiz asal, hany dah potong dua...


    potong kecik kecik sebelom goreng...


    hurmmm...panas ke minyak tuh???


    ni pencecah nye, org GANU panggil LADA
    tp org luar panggil SOS kan...


    siap di goreng...
    JOM MAKANNN...

    sangat besh makan petang petang...wuuuu syokkk sangat...tapi lagik besh makan tepi pantai kat GANU ahahah angau ape ko hany...

    Friday, July 16, 2010

    12 Fakta Menarik Tentang Ketawa

    TAHUKAH anda manfaat dan fakta aneh disebalik ketawa? Berikut 12 fakta disebalik ketawa itu seperti yang dipetik dari Genius Beauty.

    1. Bayi tidak boleh ketawa sampai mereka mencapai usia tiga bulan.
    2. Ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori.
    3. Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan 60 mph.
    4. Ada 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
    5. Seseorang yang sering ketawa gembira memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah dibanding orang yang murung.
    6. Percayakah Anda, ada tanaman yang disebut bunga ketawa. Begitu juga jika melihatnya Anda akan ketawa seperti orang gila selama setengah jam.
    7. Ketawa 17 minit per hari dipercaya memperpanjang waktu hidup selama satu hari.
    8. Rata-rata anak berusia enam tahun ketawa 300 kali sehari. Ketika kita meningkat tua kita tersenyum dan tertawa hanya 15 kali sehari.
    9. Senyuman pelayan dapat membuat pelanggannya memberikan tips tambahan.
    10. Baik untuk perut, jika Anda ketawa selama satu jam tanpa henti.
    11. Dengan tersenyum. Model iklan american Gordon Todd menikmati bayaran $ 4.000.
    12. Orang yang tinggal di Brazil dan Cuba lebih banyak tersenyum dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Scandinavia.

    Thursday, July 15, 2010

    Lelaki didakwa bunuh remaja di dusun

    2010/07/15

    KEMAMAN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang remaja dan memiliki dadah methamphetamine dalam kejadian berasingan pada 14 Jun dan 4 Julai lalu.
    Bagi pertuduhan pertama, Nik Mustapfa Nik Hassan, 36, dari Kampung Gong Limau dekat sini, dituduh membunuh Abdul Halim Idrus, 19, di sebuah pondok kebun buah-buahan di Lubuk Sadong, Batu 10, Jalan Air Putih di sini antara 1 pagi dan 8.40 malam pada 14 Jun lalu.


    Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.


    Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


    Hakim Ahmad Bazli kemudian menetapkan 5 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu untuk dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.


    Dalam prosiding berasingan di mahkamah yang sama, Nik Mustapfa didakwa memiliki dadah methamphetamine yang beratnya belum diketahui, pada 3 pagi 4 Julai lalu di sebuah rumah kongsi ladang kelapa sawit di Kampung Seberang Tayor, Air Putih, dekat sini.


    Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp Kasemari Abdul Hassan.


    Hakim Ahmad Bazli kemudian menetapkan 23 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan kimia.-Bernama